Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wahai ulama, sesungguhnya Aku tidak meletakkan ilmu

Teks Bahasa Arab

حديث: يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: يَا مَعْشَرَ الْعُلَمَاءِ: إِنِّي لَمْ أَضَعْ عِلْمِي فِيكُمْ إِلا لِمَعْرَفَتِي بِكُمْ، قوموا فإني قَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Allah SWT berfirman: Wahai ulama’ sesungguhnya Aku tidak meletakkan ilmu kepada kalian melainkan pengetahuan-Ku tentang kamu. Bangunlah, sesungguhnya Aku telah mengampunkan dosa kalian.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 292, hadis no. 75. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن واثلة بن الأسقع مرفوعًا. وقال: هذا منكر

Ibn Adi meriwayatkan daripada Wathilah bin al-Asqa’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), beliau berkata: Hadith ini munkar.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.