Wahai Tuhanku! Apakah hak hambaMu jika mereka menziarahiMu di rumahMu

TEKS BAHASA ARAB

إن داود النبي، قال: إلهي! ما لعبادك عليك إذا هم زاروك في بيتك؟ قال: إن لكل زائر على المزور حقا؛ يا داود! إن لهم علي أن أعافيهم في الدنيا، وأغفر لهم إذا لقيتهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Nabi Daud berkata: Wahai Tuhanku! Apakah hak hambaMu jika mereka menziarahiMu di rumahMu? Tuhan berkata: Sesungguhnya bagi setiap orang yang menziarahi ada hak ke atas orang yang diziarahi. Wahai Daud! Bagi mereka hak untuk aku selamatkan mereka di dunia, dan ampunkan mereka jika aku bertemu mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 748, hadis nombor 3832. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر – رضي الله عنه – مرفوعا: «إن داود النبي، قال: إلهي! ما لعبادك عليك إذا هم زاروك في بيتك؟ قال: إن لكل زائر على المزور حقا؛ يا داود! إن لهم علي أن أعافيهم في الدنيا، وأغفر لهم إذا لقيتهم».
[طس، «الضعيفة» (5094)].

(Lemah)
Daripada Abu Dzar RA marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Nabi Daud berkata: Wahai Tuhanku! Apakah hak hambaMu jika mereka menziarahiMu di rumahMu? Tuhan berkata: Sesungguhnya bagi setiap orang yang menziarahi ada hak ke atas orang yang diziarahi. Wahai Daud! Bagi mereka hak untuk aku selamatkan mereka di dunia, dan ampunkan mereka jika aku bertemu mereka.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5094].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs