TEKS BAHASA ARAB
اكشف الباس، رب الناس! عن ثابت بن قيس بن شماس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Tuhan manusia! Lenyapkanlah (keterukan) penyakit daripada Thabit bin Qais bin Shammas.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1414, hadis nombor 7175. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ثابت بن قيس بن شمّاس؛ انه ﷺ دخل على ثابت ابن قيس وهو مريض، فقال: اكشف الباس، رب الناس! عن ثابت بن قيس بن شماس. ثم أخذ ترابا من بطحان فجعله في قدح، ثم نفث عليه بماء وصبه عليه.
[د، حب، ((الضعيفة)) (1005)]
(Lemah)
Daripada Thabit bin Qais bin Shammas bahawa Baginda SAW pernah masuk menemui Thabit Ibn Qais sewaktu beliau sedang sakit, Baginda berdoa: Wahai Tuhan manusia! Lenyapkanlah (keterukan) penyakit daripada Thabit bin Qais bin Shammas. Kemudian Baginda mengambil tanah daripada Bathan (nama lembah Madinah), lalu Baginda meletakkanya dalam bekas kemudian Baginda hembuskan air ke dalamnya (mencampurkan air dengan tanah), lalu Baginda menuangkannya ke atas Thabit.
[Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan dan Ibn Hibban dalam al-Sahih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1005]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.