Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الرجلَ لَيُلْجِمُهُ العرقَ يومَ القيامةِ، فيقول: ربِّ! أَرِحْنِي ولو إلى النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seseorang itu benar-benar akan dikelilingi oleh peluh pada hari kiamat, lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Lepaskanlah (aku dari sini) walaupun aku dimasukkan ke dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1328, hadis no. 6781. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم: إن الرجل ليلجمه العرق يوم القيامة، فيقول: رب! أرحني ولو إلى النار. [ع، ابن أبي الدنيا في ((الأهوال))، طب، ((الضعيفة)) (3042)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas'ud RA daripada Nabi SAW: Sesungguhnya seseorang itu benar-benar akan dikelilingi oleh peluh pada hari kiamat, lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Lepaskanlah (aku dari sini) walaupun aku dimasukkan ke dalam neraka. [Riwayat Abī Ya‘lā dalam al-Musnad, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ahwal, al-Tabarani dalalm al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3042]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman