Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Tuhan! Jadikanlah aku hanya mencintai-Mu

Teks Bahasa Arab

إليك ربِّ حَبِّبْني، وفي نفسي لك أذلِلْني، وفي أعيُنِ الناسِ عظِّمْني، ومن سيِّئِ الأخلاقِ جنِّبْني.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Tuhan! Jadikanlah aku hanya mencintai-Mu, aku hanya menghinakan diriku kepada-Mu, jadikanlah aku disanjung tinggi pada pandangan mata manusia lain, dan jauhkanlah aku daripada akhlak yang buruk.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1446, hadis no. 7356. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إليك رب حببني، وفي نفسي لك أذللني، وفي أعين الناس عظمني، ومن سيء الأخلاق جنبني)). [فر، ((الضعيفة)) (2921)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ūd RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Tuhan! Jadikanlah aku hanya mencintai-Mu, aku hanya menghinakan diriku kepada-Mu, jadikanlah aku disanjung tinggi pada pandangan mata manusia lain, dan jauhkanlah aku daripada akhlak yang buruk. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2921].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.