Wahai Tuhan! Hal ini aku saksikan ke atas orang yang dapatku lihat, bagaimana pula dengan siapa yang aku tidak dapat lihat

TEKS BAHASA ARAB

يا رب هذا شهدت على من أنا بين ظهريه، فكيف بمن لم أر؟.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Tuhan! Hal ini aku saksikan ke atas orang yang dapatku lihat, bagaimana pula dengan siapa yang aku tidak dapat lihat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1567, hadis nombor 7940. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي لبيبة-رضي الله عنه قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا قرأ هذه الآية: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاءِ شَهِيداً}؛ – بكى رسول الله صلى الله عليه وسلم وقال: ((يا رب هذا شهدت على من أنا بين ظهريه، فكيف بمن لم أر؟)). [طب، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (6356)].

(Lemah) Daripada Abu Labibah RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila membaca ayat ini: “Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?.” [al-Nisa’: 41], lalu Baginda menangis dan berkata: “Wahai Tuhan! Hal ini aku saksikan ke atas orang yang dapatku lihat, bagaimana pula dengan siapa yang aku tidak dapat lihat?.”
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Abu Nu’aim di dalam al-Ma’rifah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.6356].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.