Daif

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Tuhan! Aku adalah solat

Teks Bahasa Arab

تجيء - وفي لفظٍ: تعرض - الأعمال يوم القيامة، فتجيء الصلاة فتقول: يارب! أنا الصلاة. فيقول: إنك على خيرٍ. فتجيء الصدقة فتقول: يارب! أنا الصدقة. فيقول: إنك على خيرٍ. ثم يجيء الصيام فيقول: أي رب! أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك، فيقول الله عز وجل: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: يارب! أنت السلام، وأنا الإسلام. فيقول الله عز وجل: إنك على خير، بك اليوم آخذ، وبك أعطي. قال الله عز وجل في كتابه {﴿وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴾ [آل عمران: 85] }.

Teks Bahasa Melayu

Amalan-amalan akan datang pada – dan dalam satu lafaz: dibentangkan – pada hari kiamat. Lalu datanglah solat lantas berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah solat. Lalu Allah berkata: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Lalu datanglah sedekah, lalu berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah sedekah. Lalu Allah berkata: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Lalu datanglah puasa lantas berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah puasa. Lalu Allah berkata: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Lalu datanglah amalan-amalan seperti itu, lalu Allah Azza wa Jalla berkata: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Lalu datanglah Islam lantas berkata: Wahai Tuhan! Engkau adalah al-Salam dan aku adalah Islam. Lalu Allah Azza wa Jalla berkata: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Disebabkan engkau hari ini aku ambil dan dengan engkau aku beri. Allah Azz awa Jalla berfirman dalam kitab-Nya: ﴾Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi﴿.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 320, hadis no. 1688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه - قال: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((تجيء - وفي لفظٍ: تعرض - الأعمال يوم القيامة، فتجيء الصلاة فتقول: يارب! أنا الصلاة. فيقول: إنك على خيرٍ. فتجيء الصدقة فتقول: يارب! أنا الصدقة. فيقول: إنك على خيرٍ. ثم يجيء الصيام فيقول: أي رب! أنا الصيام. فيقول: إنك على خير. ثم تجيء الأعمال على ذلك، فيقول الله عز وجل: إنك على خير. ثم يجيء الإسلام فيقول: يارب! أنت السلام، وأنا الإسلام. فيقول الله عز وجل: إنك على خير، بك اليوم آخذ، وبك أعطي. قال الله عز وجل في كتابه {﴿وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴾ [آل عمران: 85] })). [حم، ع، طس، ((الضعيفة)) (5780) ]

(Daif) Dari Abu Hurairah RA, dia telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Amalan-amalan akan datang pada – dan dalam satu lafaz: dibentangkan – pada hari kiamat. Lalu datanglah solat lantas berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah solat. Lalu Allah berkata: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Lalu datanglah sedekah, lalu berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah sedekah. Lalu Allah berkata: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Lalu datanglah puasa lantas berkata: Wahai Tuhan! Aku adalah puasa. Lalu Allah berkata: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Lalu datanglah amalan-amalan seperti itu, lalu Allah Azza wa Jalla berkata: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Lalu datanglah Islam lantas berkata: Wahai Tuhan! Engkau adalah al-Salam dan aku adalah Islam. Lalu Allah Azza wa Jalla berkata: Sesungguhnya engkau dalam kebaikan. Disebabkan engkau hari ini aku ambil dan dengan engkau aku beri. Allah Azz awa Jalla berfirman dalam kitab-Nya: ﴾Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi﴿. [Riwayat Ahmad dalam Musnad-nya, Abu Ya‘la dalam Musnad-nya, dan al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5780]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.