Wahai Thabit! Tidakkah kamu rela untuk hidup secara terpuji

TEKS BAHASA ARAB

يا ثابت! ألا ترضى أن تعيش حميدا، وتقتل شهيدا، وتدخل الجنة؟ قال: بلى يا رسول الله! قال: فعاش حميدا، وقتل شهيدا يوم مسيلمة الكذاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Thabit! Tidakkah kamu rela untuk hidup secara terpuji, menjadi syahid dan masuk ke dalam syurga?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1941, hadis nombor 9732. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثابت بن قيس الأنصاري رضي الله عنه قال: يَا رَسُولَ اللَّهِ! لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ قَدْ هَلَكْتُ قَالَ: لِمَ؟ قَالَ: قَالَ: نَهَانَا اللَّهُ أَنْ نُحْمَدَ بِمَا لَمْ نَفْعَلْ، وَأجدني أُحِبُّ الْحَمْدَ وَنَهَانَا عَنِ الْخُيَلاءِ، وَأجدني أُحِبُّ الْجَمَالَ وَنَهَانَا أَنْ نَرْفَعَ صَوتَنَا فَوْقَ صَوْتِكَ، وَأَنَا امْرُؤٌ جَهِيرُ الصَّوْتِ فَقَالَ رَسُولَ اللَّهِ يَا ثَابِتُ أَلا تَرْضَى أَنْ تَعِيشَ حَمِيداً، وتُقْتَلَ شَهِيداً، وَتَدْخُلَ الْجَنَّةَ؟ قَالَ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قال: فَعَاشَ حَمِيداً، وَقُتِلَ شَهِيداً يَوْمَ مُسَيْلِمَةَ الْكَذَّابِ.
[حب، طب، طس، الفسوي، أبو نعيم في ((الدلائل))، ك، ((الضعيفة)) (6398)]

(Lemah)
Daripada Thabit Ibn Qays al-Ansari RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku takut menjadi orang yang binasa. Baginda bertanya: Mengapa pula? Thabit berkata: Allah melarang kita dipuji dengan sesuatu yang kita tidak lakukan. Aku mendapati aku suka pujian. Allah melarang kita menjadi orang yang sombong. Aku suka berhias dan memakai pakaian cantik. Allah juga melarang kami daripada meninggikan suara melebihi suara kamu. Aku pula adalah orang yang kuat suaranya. Rasulullah SAW bersabda: Wahai Thabit! Tidakkah kamu rela untuk hidup secara terpuji, menjadi syahid dan masuk ke dalam syurga? Thabit berkata: Aku rela wahai Rasulullah. Perawi berkata: Beliau hidup secara terpuji dan syahid pada hari memerangi Musailimah al-Kazzab (si penipu).
[Riwayat Ibn Hibban, al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Awsat, al-Faswi dalam Tarikh, Abu Nu’aim dalam Dalail Nubuwwah damn al-Hakim dalam Dalail. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6398]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs