Wahai Thabit, adakah kamu reda jika kamu hidup mulia, mati syahid dan masuk ke dalam syurga?

TEKS BAHASA ARAB

يا ثابت ألا ترضى أن تعيش حميدا وتقتل شهيدا وتدخل الجنة قال: بلى يا رسول الله قال: فعاش حميدا وقتل شهيدا يوم مسيلمة الكذاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Thabit, adakah kamu reda jika kamu hidup mulia, mati syahid dan masuk ke dalam syurga? Beliau menjawab: Sudah tentu, wahai Rasulullah. Maka Thabit pun hidup dalam keadaan mulia, dan mati sebagai syahid ketika memerangi Musailimah, Sang Pendusta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1096, hadis nombor 5564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ثابت بن قيس الأنصاري رضي الله عنه، قال: يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ قَدْ هَلَكْتُ قَالَ: لِمَ؟ قَالَ: نَهَانَا اللَّهُ أَنْ نُحْمَدَ بِمَا لَمْ نَفْعَلْ وَأجدني أُحِبُّ الْحَمْدَ. وَنَهَانَا عَنِ الْخُيَلاءِ وَأجدني أُحِبُّ الْجَمَالَ. وَنَهَانَا أَنْ نَرْفَعَ صَوتَنَا فَوْقَ صَوْتِكَ، وَأَنَا امْرُؤٌ جَهِيرُ الصَّوْتِ فَقَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يا ثابت ألا ترضى أن تعيش حميدا وتقتل شهيدا وتدخل الجنة قال: بلى يا رسول الله قال: فعاش حميدا وقتل شهيدا يوم مسيلمة الكذاب. [حب، طب، ك، البيهقي في ((الدلائل))، ((الضعيفة)) (6398)].

(Lemah) Daripada Thabit bin Qais al-Ansari, beliau berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya benar-benar takut andai saya dibinasakan. Baginda SAW bertanya: Mengapa pula? Thabit menjawab: Allah SWT melarang kita daripada menyukai pujian terhadap suatu yang kita tidak lakukan, dan aku dapati aku suka dipuji. Allah SWT melarang kita daripada kesombongan, dan aku dapati aku menyukai kecantikan. Allah SWT melarang kita daripada mengangkat suara melebihi suaramu, namun aku memang jenis yang bersuara lantang. Rasulullah SAW bersabda: Wahai Thabit, adakah kamu reda jika kamu hidup mulia, mati syahid dan masuk ke dalam syurga? Beliau menjawab: Sudah tentu, wahai Rasulullah. Maka Thabit pun hidup dalam keadaan mulia, dan mati sebagai syahid ketika memerangi Musailimah, Sang Pendusta. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6398].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs