Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَا ثَابِتُ! أَلا تَرْضَى أَنْ تَعِيشَ حَمِيداً، وتُقْتَلَ شَهِيداً، وَتَدْخُلَ الْجَنَّةَ؟ قَالَ: "بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ!" قال: فَعَاشَ حَمِيداً، وَقُتِلَ شَهِيداً يَوْمَ مُسَيْلِمَةَ الْكَذَّابِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Thabit, adakah kamu reda jika kamu hidup mulia, mati syahid dan masuk ke dalam syurga? Beliau menjawab: Sudah tentu, wahai Rasulullah. Maka Thabit pun hidup dalam keadaan mulia, dan mati sebagai syahid ketika memerangi Musailimah, Sang Pendusta.
Sahabat Perawi
- Thabit bin Qais al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1096, hadis no. 5564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ثابت بن قيس الأنصاري رضي الله عنه، قال: يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ قَدْ هَلَكْتُ قَالَ: لِمَ؟ قَالَ: نَهَانَا اللَّهُ أَنْ نُحْمَدَ بِمَا لَمْ نَفْعَلْ وَأجدني أُحِبُّ الْحَمْدَ. وَنَهَانَا عَنِ الْخُيَلاءِ وَأجدني أُحِبُّ الْجَمَالَ. وَنَهَانَا أَنْ نَرْفَعَ صَوتَنَا فَوْقَ صَوْتِكَ، وَأَنَا امْرُؤٌ جَهِيرُ الصَّوْتِ فَقَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يا ثابت ألا ترضى أن تعيش حميدا وتقتل شهيدا وتدخل الجنة قال: بلى يا رسول الله قال: فعاش حميدا وقتل شهيدا يوم مسيلمة الكذاب. [حب، طب، ك، البيهقي في الدلائل، الضعيفة (6398)].
(Lemah) Daripada Thabit bin Qais al-Ansari, beliau berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya benar-benar takut andai saya dibinasakan. Baginda SAW bertanya: Mengapa pula? Thabit menjawab: Allah SWT melarang kita daripada menyukai pujian terhadap suatu yang kita tidak lakukan, dan aku dapati aku suka dipuji. Allah SWT melarang kita daripada kesombongan, dan aku dapati aku menyukai kecantikan. Allah SWT melarang kita daripada mengangkat suara melebihi suaramu, namun aku memang jenis yang bersuara lantang. Rasulullah SAW bersabda: Wahai Thabit, adakah kamu reda jika kamu hidup mulia, mati syahid dan masuk ke dalam syurga? Beliau menjawab: Sudah tentu, wahai Rasulullah. Maka Thabit pun hidup dalam keadaan mulia, dan mati sebagai syahid ketika memerangi Musailimah, Sang Pendusta. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6398].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman