TEKS BAHASA ARAB
يا شيخ إن أردت السلامة فاطلبها في سلامة غيرك منك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Syeikh, jika kamu inginkan keselamatan, maka mintalah pada keselamatan selain daripada kamu.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 213, hadis nombor 408. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
يروى عن الشيخ أبي إسحاق الشيرازي أنه سمعه من النبي صلى الله عليه وسلم مناما.
Diriwayatkan daripada al-Syeikh Abu Ishaq al-Shiraziy bahawa beliau telah mendengarnya daripada Nabi SAW dalam mimpi.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.