Wahai Syaib! Padamlah kesemua yang ada gambar padanya

TEKS BAHASA ARAB

يا شيب! امح كل صورة فيها إلا ما تحت يدي، فرفع يده عن عيسى وأمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Syaib! Padamlah kesemua yang ada gambar padanya kecuali apa yang berada padaku, lalu dia mengangkat tangannya dari Isa dan ibunya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 811, hadis nombor 4182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن شيبة بن عثمان –رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((يا شيب! امح كل صورة فيها إلا ما تحت يدي، فرفع يده عن عيسى وأمه)).
[الراوياني، ((الضعيفة)) (5802)].

(Munkar) Daripada Syaibah bin Uthman RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Syaib! Padamlah kesemua yang ada gambar padanya kecuali apa yang berada padaku, lalu dia mengangkat tangannya dari Isa dan ibunya.
[Riwayat al-Rawiyani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5802]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs