Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Syaib! Padamlah kesemua yang ada gambar padanya

Teks Bahasa Arab

يا شيبُ! امحُ كلَّ صورةٍ فيها إلَّا ما تحتَ يدي، فرفعَ يدَهُ عن عيسى وأمِّهِ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Syaib! Padamlah kesemua yang ada gambar padanya kecuali apa yang berada padaku, lalu dia mengangkat tangannya dari Isa dan ibunya.

Sahabat Perawi

  1. Syaibah bin Uthman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 811, hadis no. 4182. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن شيبة بن عثمان –رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((يا شيب! امح كل صورة فيها إلا ما تحت يدي، فرفع يده عن عيسى وأمه)). [الراوياني، ((الضعيفة)) (5802)].

(Munkar) Daripada Syaibah bin Uthman RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai Syaib! Padamlah kesemua yang ada gambar padanya kecuali apa yang berada padaku, lalu dia mengangkat tangannya dari Isa dan ibunya. [Riwayat al-Rawiyani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5802]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.