Wahai Suraqah! Mahukah kamu aku tunjukkan sedekah yang paling agung

TEKS BAHASA ARAB

يا سراقة! ألا أدلك على أعظم الصدقة – أو: من أعظم الصدقة -؟! قال: بلى يا رسول الله! قال: ابنتك مردودة إليك، ليس لها كاسب غيرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Wahai Suraqah! Mahukah kamu aku tunjukkan sedekah yang paling agung atau (baginda mengatakan): diantara sedekah yang paling agung?” Beliau berkata: Ya wahai Rasulullah! Baginda bersabda:” Anak perempuanmu dikembalikan kepadamu, dia tidak mempunyai sesiapapun yang boleh memberinya nafkah selainmu.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 890, hadis nombor 4564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سراقة بن مالك -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال له: ((يا سراقة! ألا أدلك على أعظم الصدقة – أو: من أعظم الصدقة -؟! قال: بلى يا رسول الله! قال: ابنتك مردودة إليك، ليس لها كاسب غيرك)). [خد، ه، حم، ((الضعيفة)) (4822)].

(Lemah)
Daripada Suraqah bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Wahai Suraqah! Mahukah kamu aku tunjukkan sedekah yang paling agung atau (baginda mengatakan): diantara sedekah yang paling agung?” Beliau berkata: Ya wahai Rasulullah! Baginda bersabda:” Anak perempuanmu dikembalikan kepadamu, dia tidak mempunyai sesiapapun yang boleh memberinya nafkah selainmu.”
[Riwayat Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari, Sunan Ibn Majah dan Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4822].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs