Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا سُراقةُ ! أَلَا أَدُلُّكَ على أعظمِ الصدقةِ - أو : مِن أَعْظَمِ الصدقةِ - ؟ ! قال : بلى يا رسولَ اللهِ ! قال: ابنتُكَ مردودةٌ إليك، ليس لها كاسبٌ غيرُك.
Teks Bahasa Melayu
“Wahai Suraqah! Mahukah kamu aku tunjukkan sedekah yang paling agung atau (baginda mengatakan): diantara sedekah yang paling agung?” Beliau berkata: Ya wahai Rasulullah! Baginda bersabda:” Anak perempuanmu dikembalikan kepadamu, dia tidak mempunyai sesiapapun yang boleh memberinya nafkah selainmu.”
Sahabat Perawi
- Suraqah bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 890, hadis no. 4564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سراقة بن مالك -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال له: ((يا سراقة! ألا أدلك على أعظم الصدقة - أو: من أعظم الصدقة -؟! قال: بلى يا رسول الله! قال: ابنتك مردودة إليك، ليس لها كاسب غيرك)). [خد، ه، حم، ((الضعيفة)) (4822)].
(Lemah) Daripada Suraqah bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Wahai Suraqah! Mahukah kamu aku tunjukkan sedekah yang paling agung atau (baginda mengatakan): diantara sedekah yang paling agung?” Beliau berkata: Ya wahai Rasulullah! Baginda bersabda:” Anak perempuanmu dikembalikan kepadamu, dia tidak mempunyai sesiapapun yang boleh memberinya nafkah selainmu.” [Riwayat Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari, Sunan Ibn Majah dan Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4822].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman