Wahai sekalian wanita! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah keredhaan suami kalian

TEKS BAHASA ARAB

يا معشر النساء! اتقين الله، والتمسوا مرضاة أزواجكن؛ فإن المرأة لو تعلم ما حق زوجها، لم تزل قائمة ما حضر غداؤه وعشاؤه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai sekalian wanita! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah keredhaan suami kalian. Sesungguhnya seorang wanita sekiranya dia mengetahui apa hak suaminya, nescaya dia akan berdiri selagi mana suaminya sedang menikmati makan tengah hari dan makan malamnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 966, hadis nombor 4983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي – رضي الله عنه – عن رسول الله ﷺ قال: يا معشر النساء، اتقين الله، والتمسوا مرضاة أزواجكن. فإن المرأة لو تعلم ما حق زوجها، لم تزل قائمة ما حضر غداؤه وعشاؤه.
[البزار، أبو نعيم في ((أخبار أصبحان))، ((الضعيفة)) 6020].

(Palsu)
Daripada ‘Ali RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Wahai sekalian wanita! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah keredhaan suami kalian. Sesungguhnya seorang wanita sekiranya dia mengetahui apa hak suaminya, nescaya dia akan berdiri selagi mana suaminya sedang menikmati makan tengah hari dan makan malamnya.
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnad beliau dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6020].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs