Wahai sekalian peniaga! Allah akan membangkitkan kalian pada hari kiamat sebagai orang yang jahat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم أتى على جماعة من التجار. فقال: يا معشر التجار! فاستجابوا ومدوا أعناقهم فقال: إن الله باعثكم يوم القيامة فجارا إلا من صدق وصلى وأدى الأمانة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawa Nabi SAW mendatangi sekelompok daripada peniaga lalu bersabda: Wahai sekalian peniaga! Lalu mereka menyambut dan memanjangkan tengkuk-tengkuk mereka. Lantas Baginda SAW bersabda : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kalian pada hari kiamat sebagai orang yang jahat (Fajir) melainkan mereka yang benar dan yang menunaikan solat serta menunaikan amanah.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 140, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حبان: ليس هذا الحديث أصل يرجع إليه. وقد أخرج نحو هذا الحديث المقدسي في المختارة. وأخرج أحمد والحاكم وصححه عنه صلى الله عليه وسلم بلفظ: التجار هم الفجار قالوا: يا رسول الله. أليس قد أحل الله البيع وحرم الربا؟ قال: بلى ولكنهم يحلفون فيأثمون ويحدثون فيكذبون.

Ibn Hibban berkata: Hadith ini tidak ada asalnya untuk dirujuk kepadanya.Al-Maqdisi juga meriwayatkan hadith seperti ini di dalam kitabnya al-Mukhtarah. Ahmad dan juga al-Hakim meriwayatkan lalu al-Hakim menilai hadith ini sahih daripada Nabi SAW dengan lafaz: Peniaga-peniaga itu, merekalah orang-orang jahat. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Bukankah Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba? Nabi berkata: Bahkan ya, akan tetapi mereka bersumpah, lalu melakukan dosa dan menyampaikan (sesuatu maklumat) lalu berdusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.