Wahai sekalian orang Ansar, dahulu ketika kalian berada dalam jahiliah, – tatkala kalian tidak menyembah Allah – kalian memberikan tunggangan kepada orang susah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا معشر الأنصار! كنتم في الجاهلية – إذ لا تعبدون الله – تحملون الكل، وتفعلون في أموالكم المعروف، وتفعلون إلى ابن السبيل، حتى إذا من الله عليكم بالإسلام، ومن عليكم بنبيه؛ إذا أنتم تحصنون أموالكم!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai sekalian orang Ansar, dahulu ketika kalian berada dalam jahiliah, – tatkala kalian tidak menyembah Allah – kalian memberikan tunggangan kepada orang susah, kalian melakukan kebaikan dengan harta kalian dan kalian melakukan (kebaikan) kepada orang bermusafir yang terputus bekalan. Sehinggalah apabila Allah mengurniakan nikmat Islam dan mengurniakan nabi-Nya kepada kalian, tiba-tiba kalian mula menyimpan harta-harta kalian!

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 380, hadis nombor 2018. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر – رضي الله عنهما -، أتى رسول الله ﷺ بني عمرو بن عوف يوم الأربعاء، فرأى شيئًا لم يكن رأها قبل ذلك من حصنة على النخيل، فقال: «لو أنكم إذا جئتم عيدكم هذا؛ مكثتم حتى تسمعوا من قولي». قالوا: نعم بأبائنا أنت يا رسول الله وأمهاتنا. فلما حضروا الجمعة؛ صلى بهم رسول الله ﷺ الجمعة ثم صلى ركعتين في المسجد، وكان ينصرف إلى بيته قبل ذلك اليوم. ثم استوى فاستقبل الناس بوجهه، فتبعت (!) له الأنصار، أو من كان منهم، حتى وفى بهم إليه (!) فقال: «يا معشر الأنصار! كنتم في الجاهلية – إذ لا تعبدون الله – تحملون الكل، وتفعلون في أموالكم المعروف، وتفعلون إلى ابن السبيل، حتى إذا من الله عليكم بالإسلام، ومن عليكم بنبيه؛ إذا أنتم تحصنون أموالكم!. وفيما يأكل ابن آدم أجر، ويأكل السبع أو الطير أجر». فرجع القوم فما منهم أحد إلا هدم من حديقته ثلاثين بابًا. [ك، «الضعيفة» (6934)].

(Munkar) Daripada Jabir RA, beliau menceritakan: Rasulullah ﷺ datang berjumpa suku ‘Amr bin ‘Awf pada hari Rabu, lalu Baginda melihat sesuatu yang Baginda belum pernah melihatnya sebelum ini, satu benteng bagi pohon kurma. Baginda lalu mencadangkan: “Kalaulah kalian ketika datang hari perayaan kalian ini, kalian duduk dan mendengar sedikit ucapanku”. Mereka berkata: "Baiklah, ayah dan ibu kami menjadi tebusan buatmu, wahai Rasulullah". Tatkala mereka menghadiri solat Jumaat, Rasulullah ﷺ mendirikan solat Jumaat bersama mereka. Kemudian Baginda mendirikan solat dua rakaat di masjid. Baginda keluar menuju rumahnya sebelum hari tersebut. Kemudian Baginda duduk tegak dan menghadap kepada orang ramai. Orang Ansar pun menurut kepada Baginda, atau orang yang termasuk kalangan mereka sehinggalah dilaksanakan mereka kepada Baginda. Lalu Baginda berucap: “Wahai sekalian orang Ansar, dahulu ketika kalian berada dalam jahiliah, – tatkala kalian tidak menyembah Allah – kalian memberikan tunggangan kepada orang susah, kalian melakukan kebaikan dengan harta kalian dan kalian melakukan (kebaikan) kepada orang bermusafir yang terputus bekalan. Sehinggalah apabila Allah mengurniakan nikmat Islam dan mengurniakan nabi-Nya kepada kalian, tiba-tiba kalian mula menyimpan harta-harta kalian! Apa yang dimakan oleh anak Adam ada ganjaran, yang dimakan oleh binatang buas dan burung-burung ada ganjaran.” Lalu orang-orang pun pulang dan tidak ada seorangpun daripada kalangan mereka melainkan dia merobohkan tiga puluh pintu pagar (kebun).” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6934].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.