Wahai sekalian manusia! Menangislah

TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! ابكوا، فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في وجوههم كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فتسيل – يعني – الدماء، فتقرح العيون، فلو أن سفنا أرخيت فيها؛ لجرت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai sekalian manusia! Menangislah, jika kalian tidak dapat menangis maka kalian berpura-puralah menangis. Sesungguhnya penghuni neraka menangis di dalam neraka sehingga air mata mereka mengalir pada wajah-wajah mereka umpama anak-anak sungai sehinggalah air mata berhenti mengalir. Kemudian mengalir darah lalu terlukalah mata-mata (disebabkan banyaknya mengalir air mata). Kalaulah terdapat kapal laut yang berlayar di dalam neraka, pasti ia akan bergerak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2064 hadis nombor 10372. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا أيها الناس! ابكوا، فإن لم تبكوا فتباكوا، فإن أهل النار يبكون في النار حتى تسيل دموعهم في وجوههم كأنها جداول حتى تنقطع الدموع، فتسيل – يعني – الدماء، فتقرح العيون، فلو أن سفنا أرخيت فيها؛ لجرت.
[ابن أبي الدنيا في ((الرقة والبكاء))، ع، ونعيم في ((زوائد الزهد))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6889)]

(Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai sekalian manusia! Menangislah, jika kalian tidak dapat menangis maka kalian berpura-puralah menangis. Sesungguhnya penghuni neraka menangis di dalam neraka sehingga air mata mereka mengalir pada wajah-wajah mereka umpama anak-anak sungai sehinggalah air mata berhenti mengalir. Kemudian mengalir darah lalu terlukalah mata-mata (disebabkan banyaknya mengalir air mata). Kalaulah terdapat kapal laut yang berlayar di dalam neraka, pasti ia akan bergerak.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunyā dalam al-Riqqah wa al-Bukā’, Abū Ya’lā dalam Musnadnya, Nu‘aim bin Ḥammād dalam Zawā‘id al-Zuhd dan al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6889]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs