Palsu dengan lafaz penuh

30/06/2024

minit bacaan



Wahai sekalian manusia! Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu

Teks Bahasa Arab

أيها الناسُ! استحيوا من اللهِ حقَّ الحياءِ. فقال رجلٌ: يا رسولَ اللهِ! إنا لنستحييِ منَ اللهِ تعالى! فقال: من كان منكُم مستحييًا من اللهِ حقَّ الحياءِ؛ فلا يبيتنَّ ليلةً إلا وأجلُه بين عينَيهِ، ولْيحفظِ البطنَ وما وعى، والرأسَ وما حوى، ولْيذكرِ الموتَ والبِلى، ولْيتركْ زينةَ الحياةِ الدُّنيا.

Teks Bahasa Melayu

Wahai sekalian manusia! Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Kami malu kepada Allah Taala! Lalu Baginda bersabda: Sesiapa dalam kalangan kamu yang berasa malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu, dia tidak akan tidur pada waktu malam melainkan dia (mendapati) ajalnya berada antara kedua matanya. Peliharalah perut dan apa yang terkandung di dalamnya (makanan yang halal), serta kepala dan (anggota) yang ada padanya. Dan ingatlah mati, alam kubur, serta tinggalkanlah perhiasan kehidupan dunia.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu dengan lafaz penuh

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2042, hadis no. 10279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا التمام) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر والناس حوله: أيها الناسُ! استحيوا من اللهِ حقَّ الحياءِ. فقال رجلٌ: يا رسولَ اللهِ! إنا لنستحييِ منَ اللهِ تعالى! فقال: من كان منكُم مستحييًا من اللهِ حقَّ الحياءِ؛ فلا يبيتنَّ ليلةً إلا وأجلُه بين عينَيهِ، ولْيحفظِ البطنَ وما وعى، والرأسَ وما حوى، ولْيذكرِ الموتَ والبِلى، ولْيتركْ زينةَ الحياةِ الدُّنيا. [طس، ((الضعيفة)) (5264)]

(Palsu dengan lafaz penuh) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda ketika berada di atas mimbar dan manusia berada di sekeliling baginda: Wahai sekalian manusia! Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami malu dengan Allah Taala! Lalu Baginda bersabda: Sesiapa dalam kalangan kamu yang berasa malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu, dia tidak akan tidur pada waktu malam melainkan dia (mendapati) ajalnya berada antara kedua matanya. Peliharalah perut dan apa yang terkandung di dalamnya (makanan yang halal), serta kepala dan (anggota) yang ada padanya. Dan ingatlah mati, alam kubur, serta tinggalkanlah perhiasan kehidupan dunia. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5264]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.