Wahai sekalian manusia! Hendaklah kalian taat dan berjemaah, kerana ia tali Allah yang diperintahkan olehnya

TEKS BAHASA ARAB

يا أيها الناس! عليكم بالطاعة والجماعة؛ فإنها حبل الله عز وجل الذي أمر به، وما تكرهون في الجماعة خير مما تحبون في الفرقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai sekalian manusia! Hendaklah kalian taat dan berjemaah, kerana ia tali Allah yang diperintahkan olehnya, apa yang kalian benci dalam jemaah lebih baik daripada apa yang kalian sukai dalam perpecahan.

STATUS

Tidak mengetahuinya secara marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 846, hadis nombor 4340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أعرفه مرفوعا) عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال في خطبته: ((يا أيها الناس! عليكم بالطاعة والجماعة؛ فإنها حبل الله عز وجل الذي أمر به، وما تكرهون في الجماعة خير مما تحبون في الفرقة)).
[الآجري في ((الشريعة)) موقوفا، ((الضعيفة)) (5838)]

(Tidak mengetahuinya secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW)) Daripada ‘Abdullah bin Mas’ūd RA berkata dalam khutbahnya: Wahai sekalian manusia! Hendaklah kalian taat dan berjemaah, kerana ia tali Allah yang diperintahkan olehnya, apa yang kalian benci dalam jemaah lebih baik daripada apa yang kalian sukai dalam perpecahan.
[Riwayat al-Ājurrī dalam al-Syarī‘ah secara mauqūf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5838]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs