Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Allah!

TEKS BAHASA ARAB

أيها الناس! اتقوا الله، فوالله! لا يظلم مؤمن مؤمناً إلا انتقم الله منه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Allah! Maka demi Allah! Tidak seorang yang beriman itu menzalimi seorang yang beriman yang lain melainkan Allah akan membalasnya pada hari Kiamat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2013, hadis nombor 10104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا: أيها الناس! اتقوا الله، فوالله! لا يظلم مؤمن مؤمناً إلا انتقم الله منه يوم القيامة.
[عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (3367)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Allah! Maka demi Allah! Tidak seorang yang beriman itu menzalimi seorang yang beriman yang lain melainkan Allah akan membalasnya pada hari Kiamat.
[Riwayat Abd bin Humayd. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3367]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs