Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيُّها النَّاسُ! اتَّقوا اللَّهَ، فواللَّهِ! لا يَظلمُ مؤمِنٌ مؤمنًا إلَّا انتقمَ اللَّهُ منهُ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Allah! Maka demi Allah! Tidak seorang yang beriman itu menzalimi seorang yang beriman yang lain melainkan Allah akan membalasnya pada hari Kiamat.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2013, hadis no. 10104. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا: أيها الناس! اتقوا الله، فوالله! لا يظلم مؤمن مؤمناً إلا انتقم الله منه يوم القيامة. [عبد بن حميد، ((الضعيفة)) (3367)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Allah! Maka demi Allah! Tidak seorang yang beriman itu menzalimi seorang yang beriman yang lain melainkan Allah akan membalasnya pada hari Kiamat. [Riwayat Abd bin Humayd. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3367]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman