Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أيُّها الناسُ! مُرُوا بالمعروفِ، وانهَوْا عَنِ المنكَرِ قبلَ أن تدعُوا اللهَ؛ فلا يستجيبُ لكم، وقبلَ أن تستغفروه؛ فلا يغفِرُ لكم، إنَّ الأمرَ بالمعروفِ والنهيَ عَنِ المنكَرِ لا يَدْفَعُ رِزقًا، ولا يُقَرِّبُ أجلًا، وإنَّ الأحبارَ مِنَ اليهودِ والرُّهبانِ مِنَ النصارى لمَّا تركوا الأمرَ بالمعروفِ والنهيَ عَنِ المنكَرِ؛ لعنهم اللهُ على لسانِ أنبيائِهم ثم عُمُّوا بالبلاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai sekalian manusia! Berbuatlah perkara ma'ruf dan cegahlah kemungkaran sebelum kamu berdoa kepada Allah SWT; tidaklah dijawab sesuatu doa, dan sebelum kamu beristighfar, tidaklah Dia mengampunimu. Sesungguhnya, menyuruh kemakrufan dan mencegah kemungkaran tidaklah menahan rezeki dan mendekatkan ajal, sesungguhnya para al-Ahbar daripada kaum Yahudi dan para paderi daripada kaum Kristian ketika mana mereka meninggalkan suruhan makruf dan mencegah kemungkaran, Allah telah melaknat mereka melalui lisan para nabi, lalu ditimpakan dengan bala.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2003, hadis no. 10046. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما- مرفوعاً: يا أيها الناس! مروا بالمعروف، وانهوا عن المنكر قبل أن تدعوا الله؛ فلا يستجيب لكم، وقبل أن تستغفروه؛ فلا يغفر لكم، إن الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر لا يدفع رزقاً، ولا يقرب أجلاً، وإن الأحبار من اليهود والرهبان من النصارى لما تركوا الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر؛ لعنهم الله على لسان أنبيائهم ثم عموا بالبلاء. [طس، حل، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (2092)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Umar RA. -diriwayat secara marfu’: Wahai sekalian manusia! Berbuatlah perkara ma'ruf dan cegahlah kemungkaran sebelum kamu berdoa kepada Allah SWT; tidaklah dijawab sesuatu doa, dan sebelum kamu beristighfar, tidaklah Dia mengampunimu. Sesungguhnya, menyuruh kemakrufan dan mencegah kemungkaran tidaklah menahan rezeki dan mendekatkan ajal, sesungguhnya para al-Ahbar daripada kaum Yahudi dan para paderi daripada kaum Kristian ketika mana mereka meninggalkan suruhan makruf dan mencegah kemungkaran, Allah telah melaknat mereka melalui lisan para nabi, lalu ditimpakan dengan bala. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat, Abu Nu‘aim dalam Hilyah dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2092]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman