Wahai sekalian manusia! Adakah kamu tidak malu?!

TEKS BAHASA ARAB

أيها الناس! أما تستحون؟! تجمعون ما لا تأكلون، وتأملون ما لا تدركون، وتبنون ما لا تعمرون!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai sekalian manusia! Adakah kamu tidak malu?! Kamu mengumpul apa yang kamu tidak makan, kamu mengimpikan apa yang kamu tidak mampu, dan kamu membina apa yang kamu tidak tinggal padanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2030, hadis nombor 10210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أم المنذر – رضي الله عنها -، قالت: اطلع رسول الله ﷺ ذات عشية إلى الناس، فقال: أيها الناس! أما تستحون؟! تجمعون ما لا تأكلون، وتأملون ما لا تدركون، وتبنون ما لا تعمرون!
[ابن أبي الدنيا في ((قصر الأمل))، ((الضعيفة)) (4976)]

(Sangat lemah)
Daripada Umm al-Munzir RA, berkata: Rasulullah SAW telah berjalan pada suatu petang dan melihat orang ramai di depannya kemudian berkata: Wahai sekalian manusia! Adakah kamu tidak malu?! Kamu mengumpul apa yang kamu tidak makan, kamu mengimpikan apa yang kamu tidak mampu, dan kamu membina apa yang kamu tidak tinggal padanya.
[Riwayat Ibn Abu Dunya dalam Qasr al-Amal. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4976]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs