Wahai sekalian Ansar, kamu dahulu berada di zaman Jahiliyyah

TEKS BAHASA ARAB

يا معشر الأنصار كنتم في الجاهلية إذ لا تعبدون الله تحملون الكل وتفعلون في أموالكم المعروف وتفعلون إلى ابن السبيل. حتى إذا من الله عليكم بالإسلام ومن عليكم بنبيه إذا أنتم تحصنون أموالكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai sekalian Ansar, kamu dahulu berada di zaman Jahiliyyah – iaitu kamu tidak mengabdikan diri kepada Allah – namun kamu membantu golongan yang lemah, kamu melakukan kebaikan pada harta benda kamu, kamu menolong golongan ibn sabil, sehinggalah Allah mengurniakan kamu Islam, serta Dia mengurniakan kamu dengan Nabi-Nya, tiba-tiba kamu menyimpan harta benda kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 167, hadis nombor 835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: أَتَى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم بني عمرِو بنِ عَوْفٍ يومَ الأربعاءِ فرأى أشياءَ لم يَكُن رآها قبلَ ذلك من حَضْنِهِ على النَّخِيلِ فقال: لو أنكم إذا جئتم عِيدَكم هذا مَكَثْتُم حتى تسمعوا من قولي؟ قالوا: نَعَم بآبائِنا أنت يا رسولَ اللهِ وأمهاتِنا فلما حضروا يومَ الجُمُعةِ صلَّى بهم رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم الجُمُعةَ ثم صلى ركعتينِ في المسجدِ وكان ينصرف إلى بيته قبل ذلك اليوم ثم استوى، فاستقبل الناس بوجهه، فتبعت (!) له الأنصار، أو من كان منهم، حتى وفى بهم إليه (!) فقال: يا معشرَ الأنصارِ كنتم في الجاهليةِ إذ لا تعبدونَ اللهَ تَحملونَ الكَلَّ وتفعلونَ في أموالِكم المعروفَ وتفعلونَ إلى ابنِ السبيلِ. حتى إذا مَنَّ اللهُ عليكم بالإسلامِ ومَنَّ عليكم بِنَبِيِّهِ إذا أنتم تُحْصِنُونَ أموالَكم وفيما يأكل ابن آدم أجر، ويأكل السبع أو الطير أجر. فرجع القوم فما منهم أحد إلا هدم من حديقته ثلاثين باباً.
[ك، ((الضعيفة)) (6934)]

(Munkar)
Daripada Jabir bin Abdillah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW datang ke kawasan bani ‘Amru bin ‘Auf pada hari Rabu, dan baginda melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum itu daripada perbuatan memagar pokok kurma. Lalu baginda berkata: Kalaulah kamu sekiranya datang kepada kamu perayaan kamu ini, kamu duduk seketika sehingga kamu mendengar perkataan aku. Lalu mereka berkata: Benar dengan keturunan nenek moyang kami, wahai Rasulullah. Ketika mereka menghadiri solat Jumaat, Rasulullah SAW menjadi imam kepada mereka. Kemudian baginda mendirikan solat dua rakaat di dalam masjid. Baginda pulang ke rumahnya sebelum hari tersebut. Kemudian baginda berdiri dan menghadap manusia. Orang Ansar atau sebahagian daripada mereka mengikuti baginda sehinggalah baginda menunaikannya kepada mereka. Lalu baginda berkata: Wahai sekalian Ansar, kamu dahulu berada di zaman Jahiliyyah – iaitu kamu tidak mengabdikan diri kepada Allah – namun kamu membantu golongan yang lemah, kamu melakukan kebaikan pada harta benda kamu, kamu menolong golongan ibn sabil, sehinggalah Allah mengurniakan kamu Islam, serta Dia mengurniakan kamu dengan Nabi-Nya, tiba-tiba kamu memagar harta benda kamu. Pada apa yang anak Adam makan ada pahala, dan pada haiwan buas atau burung makan ada pahala. Lalu kaum tadi pun pulang, dan tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka melainkan dia merobohkan 30 buah pintu daripada kebunnya.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6934]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs