Wahai sekalian Ansar! Kalian dahulunya sewaktu jahiliah – ketika kalian tidak menyembah Allah – kalian selalu menanggung beban (orang lain)

TEKS BAHASA ARAB

يا معشر الأنصار! كنتم في الجاهلية – إذ لا تعبدون الله – تحملون الكل، وتفعلون في أموالكم المعروف، وتفعلون إلى ابن السبيل، حتى إذا مَنَّ الله عليكم بالإسلام، ومن عليكم بنبيِّه؛ إذا أنتم تحصنون أموالكم! وفيما يأكل ابن آدم أجر، ويأكل السبع أو الطير أجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai sekalian Ansar! Kalian dahulunya sewaktu jahiliah – ketika kalian tidak menyembah Allah – kalian selalu menanggung beban (orang lain), kalian sentiasa menggunakan harta kalian untuk kebaikan dan berbuat (baik) kepada orang yang dalam perjalanan. Sehinggalah Allah mengurniakan kepada kalian Islam dan juga Nabi-Nya, namun tiba-tiba kalian membentengi harta-harta kalian! Sedangkan apa yang dimakan oleh anak Adam ada pahala, begitu juga apa yang dimakan oleh binatang buas atau burung juga ada pahala.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 586, hadis nombor 3010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبد الله –رضي الله عنهما -، قال: أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بني عمرو بن عوف يوم الأربعاء، فرأى شيئاً لم يكن رآها قبل ذلك من حِصنة على النخيل، فقال: ((لو أنكم اذا جئتم عيدكم هذا؛ مكثتم حتى تسمعوا من قولي)). قالوا: نعم بأبائنا أنت يا رسول الله وأمهاتنا. فلما حضروا الجمعة؛ صلى بهم رسول الله صلى الله عليه وسلم الجمعة، ثم صلى ركعتين في المسجد، وكان ينصرف إلى بيته قبل ذلك اليوم. ثم استوى، فاستقبل الناس بوجهه، فتبعت (!) له الأنصار، أو من كان منهم، حتى وفى بهم إليه (!) فقال: ((يا معشر الأنصار! كنتم في الجاهلية – إذ لا تعبدون الله – تحملون الكل، وتفعلون في أموالكم المعروف، وتفعلون إلى ابن السبيل، حتى إذا مَنَّ الله عليكم بالإسلام، ومن عليكم بنبيِّه؛ إذا أنتم تحصنون أموالكم! وفيما يأكل ابن آدم أجر، ويأكل السبع أو الطير أجر)) فرجع القوم فما منهم أحد إلا هدم من حديقته ثلاثين باباً. [ك، ((الضعيفة)) (6934)].

(Sangat lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada Bani Amru bin Auf pada hari Rabu, di sana Baginda ternampak sesuatu yang dia tidak pernah Baginda lihat sebelum ini iaitu tembok dan benteng pada ladang kurma. Lalu baginda berkata: ((Jika kalian datang pada hari raya (hari Jumaat) kalian ini, kalian duduk sebentar agar kalian dapat mendengar ucapanku)). Mereka menjawab: “Apa sahaja untukmu ya Rasulullah (walau) ibubapa kami menjadi galang ganti.” Apabila mereka datang pada hari Jumaat, Rasulullah SAW pun mengimamkan solat Jumaat mereka. Setelah itu, Baginda solat dua rakaat dalam masjid sedangkan sebelum ini Baginda akan terus pulang ke rumah. Kemudian Baginda berdiri seraya menghadapkan muka ke arah orang ramai. Orang Ansar pun mengikuti Baginda (!) begitu juga, siapa pun yang ada bersama ketika itu, kesemua mereka (tertumpu) kepada Baginda. (!) Lalu Baginda bersabda: ((Wahai sekalian Ansar! Kalian dahulunya sewaktu jahiliah – ketika kalian tidak menyembah Allah – kalian selalu menanggung beban (orang lain), kalian sentiasa menggunakan harta kalian untuk kebaikan dan berbuat (baik) kepada orang yang dalam perjalanan. Sehinggalah Allah mengurniakan kepada kalian Islam dan juga Nabi-Nya, namun tiba-tiba kalian membentengi harta-harta kalian! Sedangkan apa yang dimakan oleh anak Adam ada pahala, begitu juga apa yang dimakan oleh binatang buas atau burung juga ada pahala)). Setelah itu, mereka semua pulang dan tiada seorang pun dalam kalangan mereka (tidak buat apa-apa) melainkan dia menghancurkan di kebunnya sehingga 30 pintu. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6934].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs