Wahai saudaraku, sesungguhnya aku mewasiatkan kepadamu dengan satu wasiat, justeru peliharalah ia

TEKS BAHASA ARAB

أي أخي! إني موصيك بوصية فاحفظها، لعل الله أن ينفعك بها: ١ – زر القبور، تذكر بها الآخرة، بالنهار أحيانا ولا تكثر.٢ – واغسل الموتى، فإن معالجة جسد خاو عظة بليغة.٣ – وصل على الجنائز، لعل ذلك يحزنك، فإن الحزين في ظل الله تعالى.٤ – وجالس المساكين، وسلم عليهم إذا لقيتهم. ٥ – وكل مع صاحب البلاء تواضعا لله تعالى وإيمانا به.٦ – والبس الخشن الضيق من الثياب، لعل العز والكبرياء لا يكون لهما فيك مساغ.٧ – وتزين أحيانا لعبادة ربك، فإن المؤمن كذلك يفعل تعففا وتكرما وتجملا.٨ – ولا تعذب شيئا مما خلق الله بالنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai saudaraku, sesungguhnya aku mewasiatkan kepadamu dengan satu wasiat, justeru peliharalah ia, semoga Allah memberi kamu manfaat dengannya. 1- Ziarahlah kubur, ia mengingatkan kamu akan akhirat, (lakukannya) sekali-sekala pada siang hari dan bukanlah selalu. 2- Mandikanlah orang yang telah mati kerana sesungguhnya merawat satu jasad yang sudah tidak memiliki apa-apa menjadi peringatan yang mendalam. 3- Solatkanlah jenazah, mudah-mudahan ia membuat kamu sedih dan sesungguhnya kesedihan itu akan menyebabkan seseorang berada di bawah naungan Allah SWT. 4- Duduklah dengan orang-orang miskin dan berilah salam kepada mereka jika kamu berjumpa mereka. 5- Makanlah bersama dengan orang-orang yang diuji dengan penyakit, dengan penuh rasa rendah diri dan keimanan terhadap Allah. 6- Pakailah pakaian yang kasar dan yang tidak besar (pakaian besar simbolik kebanggaan dan kesombongan), moga-moga ketinggian dan kebanggaan diri tidak ada padamu. 7- Berhiaslah sekali-sekala untuk beribadah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya seorang yang beriman itu melakukan demikian kerana sikap ta’affuf (menjauhi perkara keji), dan sebagai suatu usaha mencapai kemuliaan, dan untuk berhias. 8- Dan janganlah menyeksa sesuatu ciptaan Allah SWT dengan api.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1645-1646, hadis nombor 8319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي ذر -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم : ((أي أخي! إني موصيك بوصية فاحفظها، لعل الله أن ينفعك بها: ١ – زر القبور، تذكر بها الآخرة، بالنهار أحيانا ولا تكثر.٢ – واغسل الموتى، فإن معالجة جسد خاو عظة بليغة.٣ – وصل على الجنائز، لعل ذلك يحزنك، فإن الحزين في ظل الله تعالى.٤ – وجالس المساكين، وسلم عليهم إذا لقيتهم. ٥ – وكل مع صاحب البلاء تواضعا لله تعالى وإيمانا به.٦ – والبس الخشن الضيق من الثياب، لعل العز والكبرياء لا يكون لهما فيك مساغ.٧ – وتزين أحيانا لعبادة ربك، فإن المؤمن كذلك يفعل تعففا وتكرما وتجملا.٨ – ولا تعذب شيئا مما خلق الله بالنار)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7138)].

(Munkar)
Daripada Abi Dzar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Wahai saudaraku, sesungguhnya aku mewasiatkan kepadamu dengan satu wasiat, justeru peliharalah ia, semoga Allah memberi kamu manfaat dengannya. 1- Ziarahlah kubur, ia mengingatkan kamu akan akhirat, (lakukannya) sekali-sekala pada siang hari dan bukanlah selalu. 2- Mandikanlah orang yang telah mati kerana sesungguhnya merawat satu jasad yang sudah tidak memiliki apa-apa menjadi peringatan yang mendalam. 3- Solatkanlah jenazah, mudah-mudahan ia membuat kamu sedih dan sesungguhnya kesedihan itu akan menyebabkan seseorang berada di bawah naungan Allah SWT. 4- Duduklah dengan orang-orang miskin dan berilah salam kepada mereka jika kamu berjumpa mereka. 5- Makanlah bersama dengan orang-orang yang diuji dengan penyakit, dengan penuh rasa rendah diri dan keimanan terhadap Allah. 6- Pakailah pakaian yang kasar dan yang tidak besar (pakaian besar simbolik kebanggaan dan kesombongan), moga-moga ketinggian dan kebanggaan diri tidak ada padamu. 7- Berhiaslah sekali-sekala untuk beribadah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya seorang yang beriman itu melakukan demikian kerana sikap ta’affuf (menjauhi perkara keji), dan sebagai suatu usaha mencapai kemuliaan, dan untuk berhias. 8- Dan janganlah menyeksa sesuatu ciptaan Allah SWT dengan api.)).
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7138].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs