Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَيْ أَخِي إِنِّي مَُوصِّيكَ بِوَصِيّةٍ فَاحْفَظْهَا لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَنْفَعَكَ بِهَا : زُرِِ الْقُبُورَ تَذْكُرْ بِهَا الْآخِرَةَ بِالنَّهَارِِ أَحْيَانًا وَلَا تُكْثِرْ ، وَاغْسِلِ الْمَوْتى فَإِنَّ مُعَالَجَةَ جَسَدٍ خَاوٍ عِظَةٌ بَلِيغَةٌ ، وَصَلِّ عَلَى الْجَنَائِزِ لَعَلّ ذَلِكَ يُحْزِِنُكَ فَإِنَّ الْحَزِِينَ فِي ظِلِّ اللّهِ تَعَالَى ، وَجَالِسِ الْمَسَاكِينَ وَسَلِّمْ عَلَيْهِمْ إِذَا لَقيتَهُمْ ، وَكُلْ مَعَ صَاحِبِ الْبَلَاءِ تَوَاضُعًا لِلَّهِ تَعَالَى وَإِيمَانًا بِهِ ، وَالْبِسْ الْخَشِنَ الضَّيِّقَ مِنْ الثِّيَابِ لَعَلَّ الْعِزَّ وَالْكِبْرِيَاءَ لَا يَكُونُ لَهُمَا فِيكَ مَسَاغٌ ، وَتُزَيّنْ أَحْيَانًا لِعِبَادَةِ رَبِّكَ فَإِنَّ الْمُؤْمِنَ كَذَلِكَ يَفْعَلُ تَعَفُفًا وَتَكَرُّمًا وتجَمُّلاً ، وَلَا تُعَذّبْ شَيْئًا مِمَّا خَلَقَ اللّهُ بِالنَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai saudaraku, sesungguhnya aku mewasiatkan kepadamu dengan satu wasiat, justeru peliharalah ia, semoga Allah memberi kamu manfaat dengannya. 1- Ziarahlah kubur, ia mengingatkan kamu akan akhirat, (lakukannya) sekali-sekala pada siang hari dan bukanlah selalu. 2- Mandikanlah orang yang telah mati kerana sesungguhnya merawat satu jasad yang sudah tidak memiliki apa-apa menjadi peringatan yang mendalam. 3- Solatkanlah jenazah, mudah-mudahan ia membuat kamu sedih dan sesungguhnya kesedihan itu akan menyebabkan seseorang berada di bawah naungan Allah SWT. 4- Duduklah dengan orang-orang miskin dan berilah salam kepada mereka jika kamu berjumpa mereka. 5- Makanlah bersama dengan orang-orang yang diuji dengan penyakit, dengan penuh rasa rendah diri dan keimanan terhadap Allah. 6- Pakailah pakaian yang kasar dan yang tidak besar (pakaian besar simbolik kebanggaan dan kesombongan), moga-moga ketinggian dan kebanggaan diri tidak ada padamu. 7- Berhiaslah sekali-sekala untuk beribadah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya seorang yang beriman itu melakukan demikian kerana sikap ta'affuf (menjauhi perkara keji), dan sebagai suatu usaha mencapai kemuliaan, dan untuk berhias. 8- Dan janganlah menyeksa sesuatu ciptaan Allah SWT dengan api.
Sahabat Perawi
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1645-1646, hadis no. 8319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abi Dzar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Wahai saudaraku, sesungguhnya aku mewasiatkan kepadamu dengan satu wasiat, justeru peliharalah ia, semoga Allah memberi kamu manfaat dengannya. 1- Ziarahlah kubur, ia mengingatkan kamu akan akhirat, (lakukannya) sekali-sekala pada siang hari dan bukanlah selalu. 2- Mandikanlah orang yang telah mati kerana sesungguhnya merawat satu jasad yang sudah tidak memiliki apa-apa menjadi peringatan yang mendalam. 3- Solatkanlah jenazah, mudah-mudahan ia membuat kamu sedih dan sesungguhnya kesedihan itu akan menyebabkan seseorang berada di bawah naungan Allah SWT. 4- Duduklah dengan orang-orang miskin dan berilah salam kepada mereka jika kamu berjumpa mereka. 5- Makanlah bersama dengan orang-orang yang diuji dengan penyakit, dengan penuh rasa rendah diri dan keimanan terhadap Allah. 6- Pakailah pakaian yang kasar dan yang tidak besar (pakaian besar simbolik kebanggaan dan kesombongan), moga-moga ketinggian dan kebanggaan diri tidak ada padamu. 7- Berhiaslah sekali-sekala untuk beribadah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya seorang yang beriman itu melakukan demikian kerana sikap ta'affuf (menjauhi perkara keji), dan sebagai suatu usaha mencapai kemuliaan, dan untuk berhias. 8- Dan janganlah menyeksa sesuatu ciptaan Allah SWT dengan api.)). [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 7138].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman