Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أي أُخَيّ إني مُوصّيكَ بوصيّةٍ فاحفظها لعلّ اللهَ أن ينفعكَ بها : زُرِ القبور تذْكُرْ بها الآخرةَ بالنّهارِ أحيانا ولا تُكثرْ ، واغسلِ الموتى فإن معالجةَ جسدٍ خاوٍ عظةٌ بليغةٌ ، وصلِّ على الجنائزِ لعلّ ذلكَ يُحزِنكَ فإن الحزِين في ظلّ اللهِ تعالى ، وجالسِ المساكينَ وسلّمْ عليهِم إذا لقيْتهُم ، وكل مع صاحبِ البلاءِ تواضُعا للهِ تعالى وإيمانا بهِ ، والبسْ الخشِنَ الضيّقَ من الثيابَ لعلّ العزّ والكبرياءَ لا يكونُ لهما فيكَ مساغٌ ، وتزيّن أحيانا لعبادة ربّكَ فإن المؤمنَ كذلكَ يفعلُ تعفُفًا وتكرُمًا وتجَمُلا ، ولا تُعَذّبْ شيئا مما خلقَ اللهُ بالنارِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku mewasiatkan kepada kamu dengan satu wasiat, maka ingatilah ia; Semoga Allah memanfaatkan kamu dengannya: Ziarahlah kubur; ia akan mengingatkan kepada kematian. Ziarahlah ia sekali sekala pada waktu siang dan janganlah pula terlalu banyak menziarahinya. Mandikanlah jenazah, sesungguhnya merawat jasad yang kosong itu memberikan peringatan yang berkesan. Dan solatlah ke atas jenazah, mudah-mudahan ia akan menyebabkan kamu berasa sedih. Sesungguhnya orang yang sedih itu berada di bawah naungan Allah. Duduklah bersama orang-orang miskin, dan ucapkanlah salam kepada mereka apabila kamu bertemu dengan mereka. Makanlah bersama mereka yang ditimpa ujian, dengan penuh tawaduk kepada Allah serta keimanan dengan-Nya. Pakailah pakaian yang kesat dan sempit agar keegoan dan rasa besar diri tidak ada tempatnya dalam diri kamu. Berhiaslah kadangkala untuk beribadah kepada Tuhanmu kerana sesungguhnya demikianlah yang dilakukan oleh seorang mukmin. Dia bersifat menjaga diri, bersifat mulia dan bercantik-cantik. Dan janganlah kamu menyeksa makhluk ciptaan Allah dengan menggunakan api.
Sahabat Perawi
- Abu Zar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 156, hadis no. 778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي ذر - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أي أخي! إني موصيك بوصية فاحفظها, لعل الله أن ينفعك بها: 1 - زر القبور، تذكر بها الآخرة، بالنهار أحيانا ولا تكثر. 2 - واغسل الموتى، فإن معالجة جسد خاو عظة بليغة. 3 - وصل على الجنائز، لعل ذلك يحزنك، فإن الحزين في ظل الله تعالى. 4 - وجالس المساكين، وسلم عليهم إذا لقيتهم. 5 - وكل مع صاحب البلاء تواضعاً لله تعالى وإيماناً به. 6 - والبس الخشن الضيق من الثياب، لعل العز والكبرياء لا يكون لهما فيك مساغ.7 - وتزين أحيانًا لعبادة ربك، فإن المؤمن كذلك يفعل تعففاً وتكرماً وتجملاً. 8 - ولا تعذب شيئاً مما خلق الله بالنار)). [ابن عساكر، ك، ((الضعيفة)) (7138)]
(Munkar) Daripada Abi Dzar RA berkata, Rasulullah ﷺ telah bersabda: Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku mewasiatkan kepada kamu dengan satu wasiat, maka ingatilah ia; Semoga Allah memanfaatkan kamu dengannya: Ziarahlah kubur; ia akan mengingatkan kepada kematian. Ziarahlah ia sekali sekala pada waktu siang dan janganlah pula terlalu banyak menziarahinya. Mandikanlah jenazah, sesungguhnya merawat jasad yang kosong itu memberikan peringatan yang berkesan. Dan solatlah ke atas jenazah, mudah-mudahan ia akan menyebabkan kamu berasa sedih. Sesungguhnya orang yang sedih itu berada di bawah naungan Allah. Duduklah bersama orang-orang miskin, dan ucapkanlah salam kepada mereka apabila kamu bertemu dengan mereka. Makanlah bersama mereka yang ditimpa ujian, dengan penuh tawaduk kepada Allah serta keimanan dengan-Nya. Pakailah pakaian yang kesat dan sempit agar keegoan dan rasa besar diri tidak ada tempatnya dalam diri kamu. Berhiaslah kadangkala untuk beribadah kepada Tuhanmu kerana sesungguhnya demikianlah yang dilakukan oleh seorang mukmin. Dia bersifat menjaga diri, bersifat mulia dan bercantik-cantik. Dan janganlah kamu menyeksa makhluk ciptaan Allah dengan menggunakan api. [[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 7138]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman