Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أي أُخَيّ! إني مُوصّيكَ بوصيّةٍ فاحفظها؛ لعلّ اللهَ أن ينفعكَ بها: 1- زُرِ القبور، تذْكُرْ بها الآخرةَ، بالنّهارِ أحيانا ولا تُكثرْ. 2- واغسلِ الموتى، فإن معالجةَ جسدٍ خاوٍ عظةٌ بليغةٌ. 3- وصلِّ على الجنائزِ، لعلّ ذلكَ يُحزِنكَ، فإن الحزِين في ظلّ اللهِ تعالى. 4- وجالسِ المساكينَ، وسلّمْ عليهِم إذا لقيْتهُم. 5- وكل مع صاحبِ البلاءِ تواضُعا للهِ تعالى وإيمانا بهِ. 6- والبسْ الخشِنَ الضيّقَ من الثيابَ، لعلّ العزّ والكبرياءَ لا يكونُ لهما فيكَ مساغٌ. 7- وتزيّن أحيانا لعبادة ربّكَ، فإن المؤمنَ كذلكَ يفعلُ تعفُفًا وتكرُمًا وتجَمُلا. 8- ولا تُعَذّبْ شيئا مما خلقَ اللهُ بالنارِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai saudaraku, sesungguhnya aku berpesan kepadamu dengan suatu pesanan, maka peliharalah ia, semoga Allah memberimu manfaat dengannya: 1- Ziarahlah kubur, kamu akan ingat kepada akhirat dengannya, sekali-sekala pada waktu siang dan janganlah memperbanyakkan (ziarah). 2- Mandikanlah jenazah, kerana mengendalikan tubuh yang telah kosong itu merupakan peringatan yang amat berkesan. 3- Tunaikanlah solat bagi jenazah, semoga ia dapat menjadikan kamu sedih, kerana orang yang bersedih itu berada di bawah naungan Allah Taala. 4- Duduklah bersama orang miskin dan berilah salam kepada mereka apabila kamu bertemu mereka. 5- Makanlah bersama orang yang ditimpa bala sebagai tanda tawaduk kepada Allah Taala dan keimanan kepada-Nya. 6- Pakailah pakaian yang kasar dan ketat, semoga perasaan mulia dan sombong itu tidak lepas terbentuk pada dirimu. 7- Berhiaslah sekali-sekala untuk beribadah kepada Tuhanmu, kerana orang beriman itu berbuat sedemikian untuk menjaga kehormatan serta menampakkan kemuliaan dan kecantikan. 8- Janganlah kamu menyeksa apa-apa ciptaan Allah dengan api.
Sahabat Perawi
- Abu Dzarr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 436, hadis no. 2342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي ذر - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «أي أخي! إني موصيك بوصية فاحفظها؛ لعل الله أن ينفعك بها: 1- زر القبور، تذكر بها الآخرة، بالنهار أحيانا ولا تكثر. 2- واغسل الموتى، فإن معالجة جسد خاو عظة بليغة. 3- وصل على الجنائز، لعل ذلك يحزنك، فإن الحزين في ظل الله تعالى. 4- وجالس المساكين، وسلم عليهم إذا لقيتهم. 5- وكل مع صاحب البلاء تواضعا لله تعالى وإيمانا به. 6- والبس الخشن الضيق من الثياب، لعل العز والكبرياء لا يكون لهما فيك مساغ. 7- وتزين أحيانا لعبادة ربك، فإن المؤمن كذلك يفعل تعففا وتكرما وتجملا. 8- ولا تعذب شيئا مما خلق الله بالنار». [ابن عساكر، الحاكم جزءا منه، «الضعيفة» (7138)].
(Munkar) Daripada Abu Dzarr RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku berpesan kepadamu dengan suatu pesanan, maka peliharalah ia, semoga Allah memberimu manfaat dengannya: 1- Ziarahlah kubur, kamu akan ingat kepada akhirat dengannya, sekali-sekala pada waktu siang dan janganlah memperbanyakkan (ziarah). 2- Mandikanlah jenazah, kerana mengendalikan tubuh yang telah kosong itu merupakan peringatan yang amat berkesan. 3- Tunaikanlah solat bagi jenazah, semoga ia dapat menjadikan kamu sedih, kerana orang yang bersedih itu berada di bawah naungan Allah Taala. 4- Duduklah bersama orang miskin dan berilah salam kepada mereka apabila kamu bertemu mereka. 5- Makanlah bersama orang yang ditimpa bala sebagai tanda tawaduk kepada Allah Taala dan keimanan kepada-Nya. 6- Pakailah pakaian yang kasar dan ketat, semoga perasaan mulia dan sombong itu tidak lepas terbentuk pada dirimu. 7- Berhiaslah sekali-sekala untuk beribadah kepada Tuhanmu, kerana orang beriman itu berbuat sedemikian untuk menjaga kehormatan serta menampakkan kemuliaan dan kecantikan. 8- Janganlah kamu menyeksa apa-apa ciptaan Allah dengan api.” [Riwayat Ibn ‘Asākir dan al-Ḥākim pada sebahagiannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7138].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman