Wahai Saudaraku! Berterus terang dalam menyampaikan ilmu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: يا إخواني، تناصحوا في العلم، ولا يكتم بعضكم بعضا. فإنّ خيانة الرجل في علمه أشدّ من خيانته في ماله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Wahai Saudaraku! berterus terang dalam menyampaikan ilmu dan jangan menyembunyikannya diantara kamu. Sesungguhnya pengkhianatan terhadap ilmu lebih teruk daripada pengkhianatan terhadap hartanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 274, hadis nombor 6. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: وضاع.

Pada sanadnya ada pereka hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs