Wahai saudaraku! Aku ingin menyampaikan wasiat kepadamu

TEKS BAHASA ARAB

أي أخي! إني موصيك بوصية فاحفظها؛ لعل الله أن ينفعك بها: 1- زر القبور؛ تذكر بها الآخرة، بالنهار أحيانا ولا تكثر. 2- واغسل الموتى؛ فإن معالجة جسد خاو عظة بليغة. 3- وصل على الجنائز؛ لعل ذلك يحزنك، فإن الحزين في ظل الله تعالى. 4- وجالس المساكين، وسلم عليهم؛ إذا لقيتهم. 5- وكل مع صاحب البلاء تواضعا لله تعالى وإيمانا به. 6- والبس الخشن الضيق من الثياب؛ لعل العز والكبرياء لا يكون لهما فيك مساغ. 7- وتزين أحيانا لعبادة ربك؛ فإن المؤمن كذلك يفعل تعففا وتكرما وتجملا. 8- ولا تعذب شيئا مما خلق الله بالنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai saudaraku! Aku ingin menyampaikan wasiat kepadamu, oleh itu peliharalah ia semoga Allah memberi manfaat kepadamu dengannya: 1- Ziarahilah kubur, kamu akan mengingat akhirat dengan menziarahinya pada siang hari dan jangan terlalu kerap. 2- Mandikanlah orang yang mati, sesungguhnya merawat jasad yang kosong adalah pelajaran yang bermakna. 3- Sembahyangkanlah jenazah, semoga ia akan membuatmu sedih, sesungguhnya orang yang menangis berada di bawah naungan Allah. 4- Duduklah bersama orang-orang miskin, dan ucapkanlah salam kepada mereka sekiranya kamu menemui mereka. 5- Makanlah bersama orang yang ditimpa bala dalam keadaan tawaduk kepada Allah dan penuh keimanan kepada-Nya. 6- Pakailah pakaian daripada kain kasar yang sempit, semoga perasaan bangga dan angkuh tidak berlaku di dalam dirimu. 7- Hiaslah diri sesekali untuk melakukan ibadah kepada Tuhanmu, sesungguhnya orang yang beriman melakukan sedemikian dengan menjaga kesucian diri, memberi penghormatan dan memperelokkan diri. 8- Janganlah kamu menyeksa makhluk Allah dengan api.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2071, hadis nombor 10403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي ذر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أي أخي! إني موصيك بوصية فاحفظها؛ لعل الله أن ينفعك بها: 1- زر القبور؛ تذكر بها الآخرة، بالنهار أحيانا ولا تكثر. 2- واغسل الموتى؛ فإن معالجة جسد خاو عظة بليغة. 3- وصل على الجنائز؛ لعل ذلك يحزنك، فإن الحزين في ظل الله تعالى. 4- وجالس المساكين، وسلم عليهم؛ إذا لقيتهم. 5- وكل مع صاحب البلاء تواضعا لله تعالى وإيمانا به. 6- والبس الخشن الضيق من الثياب؛ لعل العز والكبرياء لا يكون لهما فيك مساغ. 7- وتزين أحيانا لعبادة ربك؛ فإن المؤمن كذلك يفعل تعففا وتكرما وتجملا. 8- ولا تعذب شيئا مما خلق الله بالنار.
[ابن عساكر، ك، السيوطي في ((الجامع الصغير))، ((الضعيفة)) (7138)]

(Munkar)
Daripada Abū Żar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai saudaraku! Aku ingin menyampaikan wasiat kepadamu, oleh itu peliharalah ia semoga Allah memberi manfaat kepadamu dengannya: 1- Ziarahilah kubur, kamu akan mengingati akhirat dengan menziarahinya pada siang hari dan jangan terlalu kerap. 2- Mandikanlah orang yang mati, sesungguhnya merawat jasad yang kosong adalah pelajaran yang bermakna. 3- Sembahyangkanlah jenazah, semoga ia akan membuatmu sedih, sesungguhnya orang yang menangis berada di bawah naungan Allah. 4- Duduklah bersama orang-orang miskin, dan ucapkanlah salam kepada mereka sekiranya kamu menemui mereka. 5- Makanlah bersama orang yang ditimpa bala dalam keadaan tawaduk kepada Allah dan penuh keimanan kepada-Nya. 6- Pakailah pakaian daripada kain kasar yang sempit, semoga perasaan bangga dan angkuh tidak berlaku di dalam dirimu. 7- Hiaslah diri sesekali untuk melakukan ibadah kepada Tuhanmu, sesungguhnya orang yang beriman melakukan sedemikian dengan menjaga kesucian diri, memberi penghormatan dan memperelokkan diri. 8- Janganlah kamu menyeksa makhluk Allah dengan api.
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak dan al-Suyūṭī dalam al-Jāmi’ al-Ṣaghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7138]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs