Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أي أُخَيّ! إني مُوصّيكَ بوصيّةٍ فاحفظها؛ لعلّ اللهَ أن ينفعكَ بها: 1- زُرِ القبور؛ تذْكُرْ بها الآخرةَ، بالنّهارِ أحيانا ولا تُكثرْ. 2- واغسلِ الموتى؛ فإن معالجةَ جسدٍ خاوٍ عظةٌ بليغةٌ. 3- وصلِّ على الجنائزِ؛ لعلّ ذلكَ يُحزِنكَ، فإن الحزِين في ظلّ اللهِ تعالى. 4- وجالسِ المساكينَ، وسلّمْ عليهِم؛ إذا لقيْتهُم. 5- وكل مع صاحبِ البلاءِ تواضُعا للهِ تعالى وإيمانا بهِ. 6- والبسْ الخشِنَ الضيّقَ من الثيابَ؛ لعلّ العزّ والكبرياءَ لا يكونُ لهما فيكَ مساغٌ. 7- وتزيّن أحيانا لعبادة ربّكَ؛ فإن المؤمنَ كذلكَ يفعلُ تعفُفًا وتكرُمًا وتجَمُلا. 8- ولا تُعَذّبْ شيئا مما خلقَ اللهُ بالنارِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai saudaraku! Aku ingin menyampaikan wasiat kepadamu, oleh itu peliharalah ia semoga Allah memberi manfaat kepadamu dengannya: 1- Ziarahilah kubur, kamu akan mengingat akhirat dengan menziarahinya pada siang hari dan jangan terlalu kerap. 2- Mandikanlah orang yang mati, sesungguhnya merawat jasad yang kosong adalah pelajaran yang bermakna. 3- Sembahyangkanlah jenazah, semoga ia akan membuatmu sedih, sesungguhnya orang yang menangis berada di bawah naungan Allah. 4- Duduklah bersama orang-orang miskin, dan ucapkanlah salam kepada mereka sekiranya kamu menemui mereka. 5- Makanlah bersama orang yang ditimpa bala dalam keadaan tawaduk kepada Allah dan penuh keimanan kepada-Nya. 6- Pakailah pakaian daripada kain kasar yang sempit, semoga perasaan bangga dan angkuh tidak berlaku di dalam dirimu. 7- Hiaslah diri sesekali untuk melakukan ibadah kepada Tuhanmu, sesungguhnya orang yang beriman melakukan sedemikian dengan menjaga kesucian diri, memberi penghormatan dan memperelokkan diri. 8- Janganlah kamu menyeksa makhluk Allah dengan api.
Sahabat Perawi
- Abu Zar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2071, hadis no. 10403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي ذر رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أي أخي! إني موصيك بوصية فاحفظها؛ لعل الله أن ينفعك بها: 1- زر القبور؛ تذكر بها الآخرة، بالنهار أحيانا ولا تكثر. 2- واغسل الموتى؛ فإن معالجة جسد خاو عظة بليغة. 3- وصل على الجنائز؛ لعل ذلك يحزنك، فإن الحزين في ظل الله تعالى. 4- وجالس المساكين، وسلم عليهم؛ إذا لقيتهم. 5- وكل مع صاحب البلاء تواضعا لله تعالى وإيمانا به. 6- والبس الخشن الضيق من الثياب؛ لعل العز والكبرياء لا يكون لهما فيك مساغ. 7- وتزين أحيانا لعبادة ربك؛ فإن المؤمن كذلك يفعل تعففا وتكرما وتجملا. 8- ولا تعذب شيئا مما خلق الله بالنار. [ابن عساكر، ك، السيوطي في ((الجامع الصغير))، ((الضعيفة)) (7138)]
(Munkar) Daripada Abū Żar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai saudaraku! Aku ingin menyampaikan wasiat kepadamu, oleh itu peliharalah ia semoga Allah memberi manfaat kepadamu dengannya: 1- Ziarahilah kubur, kamu akan mengingati akhirat dengan menziarahinya pada siang hari dan jangan terlalu kerap. 2- Mandikanlah orang yang mati, sesungguhnya merawat jasad yang kosong adalah pelajaran yang bermakna. 3- Sembahyangkanlah jenazah, semoga ia akan membuatmu sedih, sesungguhnya orang yang menangis berada di bawah naungan Allah. 4- Duduklah bersama orang-orang miskin, dan ucapkanlah salam kepada mereka sekiranya kamu menemui mereka. 5- Makanlah bersama orang yang ditimpa bala dalam keadaan tawaduk kepada Allah dan penuh keimanan kepada-Nya. 6- Pakailah pakaian daripada kain kasar yang sempit, semoga perasaan bangga dan angkuh tidak berlaku di dalam dirimu. 7- Hiaslah diri sesekali untuk melakukan ibadah kepada Tuhanmu, sesungguhnya orang yang beriman melakukan sedemikian dengan menjaga kesucian diri, memberi penghormatan dan memperelokkan diri. 8- Janganlah kamu menyeksa makhluk Allah dengan api. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak dan al-Suyūṭī dalam al-Jāmi’ al-Ṣaghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7138]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman