Wahai Salmān! Sesungguhnya Rasulullah SAW mahu menganugerahkan kepada kamu beberapa kalimat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا سلمان! إن رسول الله ﷺ يريد أن يمنحك كلمات تسألهن الرحمن، وترغب إليه فيهن، وتدعو بهن في الليل والنهار، قل: اللهم إني أسألك صحة في إيمان، وإيمانا في حسن خلق، ونجاحا يتبعه فلاح، ورحمة منك، وعافية ومغفرة منك ورضوانا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Salmān! Sesungguhnya Rasulullah SAW mahu menganugerahkan kepada kamu beberapa kalimat yang boleh kamu gunakan untuk meminta kepada al-Rahman, kalimat yang menyebabkan kamu mencintai-Nya dan kamu boleh menggunakannya untuk berdoa pada malam dan siang. Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu sebenar-benar iman, keimanan dalam akhlak yang baik, kejayaan yang diikuti oleh keuntungan, rahmat daripada-Mu, kesejahteraan, keampunan dan keredaan daripada-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1445, hadis nombor 7350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ أوصى سلمان الخير فقال: يا سلمان! إن رسول الله ﷺ يريد أن يمنحك كلمات تسألهن الرحمن، وترغب إليه فيهن، وتدعو بهن في الليل والنهار، قل: اللهم إني أسألك صحة في إيمان، وإيمانا في حسن خلق، ونجاحا يتبعه فلاح، ورحمة منك، وعافية ومغفرة منك ورضوانا.
[حم، ك، ((الضعيفة)) (2911)]

(Lemah)
Daripada Abū Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah memberi pesan kebaikan kepada Salmān. Baginda bersabda: Wahai Salmān! Sesungguhnya Rasulullah SAW mahu menganugerahkan kepada kamu beberapa kalimat yang boleh kamu gunakan untuk meminta kepada al-Rahman, kalimat yang menyebabkan kamu mencintai-Nya dan kamu boleh menggunakannya untuk berdoa pada malam dan siang. Ucapkanlah: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu sebenar-benar iman, keimanan dalam akhlak yang baik, kejayaan yang diikuti oleh keuntungan, rahmat daripada-Mu, kesejahteraan, keampunan dan keredaan daripada-Mu.
[Riwayat Aḥmad dalam al-Musnad, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2911]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.