Wahai Salman jangan membenciku

TEKS BAHASA ARAB

يا سلمان! لا تبغضني، فتفارق دينك، قلت: كيف أبغضك وبك هداني الله؟ قال: تبغض العرب فتبغضني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Salman, jangan membenciku! Maka engkau akan terpisah dengan agamamu. Aku bertanya; Bagaimana aku membencimu sedangkan aku diberi hidayah disebabkanmu? Baginda bersabda: Engkau membenci Arab bererti engkau membenciku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1814, hadis nombor 9148. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن سلمان – رضي الله عنه – مرفوعاً: يا سلمان! لا تبغضني، فتفارق دينك، قلت: كيف أبغضك وبك هداني الله؟ قال: تبغض العرب فتبغضني. [ت، ك، الطيالسي، حم، خط، ((الضعيفة)) (2029)]

(Lemah Sanadnya) Daripada Salman RA berkata, Nabi SAW bersabda: Wahai Salman, jangan membenciku! Maka engkau akan terpisah dengan agamamu. Aku bertanya; Bagaimana aku membencimu sedangkan aku diberi hidayah disebabkanmu? Baginda bersabda: Engkau membenci Arab bererti engkau membenciku. [Sunan Al-Tirmizi, Mustadrak al-Hakim, al-Toyalisi, Musnad Ahmad, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad, ((Silsilah al-Dhaifah)) (2029)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs