Munkar Dengan Lafaz Ini

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Rasulullah, umat Islam yang manakah yang paling selamat

Teks Bahasa Arab

قلت: يا رسول الله! أي المسلمين أسلم؟ قال: ((منْ سلمَ الناسُ منْ لسانهِ ويدهِ)).

Teks Bahasa Melayu

Aku telah bertanya: Wahai Rasulullah, umat Islam yang manakah yang paling selamat? Baginda SAW telah menjawab: “Mereka yang selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya”.

Sahabat Perawi

  1. Abu Zar al-Ghifari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Lafaz Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 39, hadis no. 153. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن أبي ذر - رضي الله عنه -، قال: قلت: يا رسول الله! أي المسلمين أسلم؟ قال: ((من سلم الناس من لسانه ويده)). [((الضعيفة)) (2768)]

(Munkar Dengan Lafaz Ini) Daripada Abū Dzar RA berkata: Aku telah bertanya: Wahai Rasulullah, umat Islam yang manakah yang paling selamat? Baginda SAW telah menjawab: “Mereka yang selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya”. [Riwayat Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2768]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.