Wahai Rasulullah, tidak ada yang menghalang Habsy bin al-Mughirah datang berjumpa engkau

TEKS BAHASA ARAB

يا رسول الله ما يمنع حبش بن المغيرة أن يأتوك إلا أنهم يخشون أن تردهم، قال: لا خير في الحبش ، إذا جاعوا سرقوا، وإذا شبعوا زنوا، وإن فيهم خلتين حسنتين: إطعام الطعام، وبأس عند البأس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Rasulullah, tidak ada yang menghalang Habsy bin al-Mughirah datang berjumpa engkau kecuali mereka takut engkau akan menghalau mereka. Baginda bersabda: “Tiada kebaikan pada orang Habsy (orang berkulit hitam dari negara Ethopia). Apabila mereka lapar mereka mencuri, apabila mereka kenyang mereka berzina. Namun mereka ada dua tabiat yang baik: memberi makanan dan berani ketika susah.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1790, hadis nombor 9017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها-، قال: قيل: يا رسول الله ما يمنع حبش بن المغيرة أن يأتوك إلا أنهم يخشون أن تردهم، قال: «لا خير في الحبش، إذا جاعوا سرقوا، وإذا شبعوا زنوا، وإن فيهم خَلَّتَين حسستين: إطعام الطعام، وبأس عند البأس». [طب، خط، «الضعيفة» (728)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Dikatakan: “Wahai Rasulullah, tidak ada yang menghalang Habsy bin al-Mughirah datang berjumpa engkau kecuali mereka takut engkau akan menghalau mereka. Baginda bersabda: “Tiada kebaikan pada orang Habsy (orang berkulit hitam dari negara Ethopia). Apabila mereka lapar mereka mencuri, apabila mereka kenyang mereka berzina. Namun mereka ada dua tabiat yang baik: memberi makanan dan berani ketika susah.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 728]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs