Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا رسول الله ما يمنع حبش بن المغيرة أن يأتوك إلا أنهم يخشون أن تردهم، قال: لا خيرَ في الحبَشِ ، إذا جاعوا سَرَقوا، وإذا شبِعوا زَنَوا، وإنَّ فيهم خلَّتينِ حَسَنَتينِ: إطعامُ الطَّعامِ، وبأسٌ عندَ البَأسِ.
Teks Bahasa Melayu
Wahai Rasulullah, tidak ada yang menghalang Habsy bin al-Mughirah datang berjumpa engkau kecuali mereka takut engkau akan menghalau mereka. Baginda bersabda: “Tiada kebaikan pada orang Habsy (orang berkulit hitam dari negara Ethopia). Apabila mereka lapar mereka mencuri, apabila mereka kenyang mereka berzina. Namun mereka ada dua tabiat yang baik: memberi makanan dan berani ketika susah."
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1790, hadis no. 9017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها-، قال: قيل: يا رسول الله ما يمنع حبش بن المغيرة أن يأتوك إلا أنهم يخشون أن تردهم، قال: «لا خير في الحبش، إذا جاعوا سرقوا، وإذا شبعوا زنوا، وإن فيهم خَلَّتَين حسستين: إطعام الطعام، وبأس عند البأس». [طب، خط، «الضعيفة» (728)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Dikatakan: “Wahai Rasulullah, tidak ada yang menghalang Habsy bin al-Mughirah datang berjumpa engkau kecuali mereka takut engkau akan menghalau mereka. Baginda bersabda: “Tiada kebaikan pada orang Habsy (orang berkulit hitam dari negara Ethopia). Apabila mereka lapar mereka mencuri, apabila mereka kenyang mereka berzina. Namun mereka ada dua tabiat yang baik: memberi makanan dan berani ketika susah.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 728]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman