Wahai Rasulullah! Siapakah kaum kerabatmu yang wajib ke atas kami untuk mencintai mereka? Baginda berkata: Ali, Fatimah dan kedua anak mereka berdua

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما نزلت: {قل لا أسألكم عليه أجرا إلا المودة في القربى} [الشورى: 23] قالوا: يا رسول الله، ومن قرابتك هؤلاء الذين وجبت علينا مودتهم؟ قال: علي وفاطمة وابناهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila turunnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)” [al-Syura: 23] Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah kaum kerabatmu yang wajib ke atas kami untuk mencintai mereka? Baginda berkata: Ali, Fatimah dan kedua anak mereka berdua.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1492, hadis nombor 7606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: لما نزلت: "قل لا أسألكم عليه أجراً إلا المودة في القربى"؛ قالوا: يا رسول الله! ومن قرابتك هؤلاء الذين وجبت علينا مودتهم؟ قال: علي، وفاطمة، وابناهما. [ طب، القطيعي في ((زيادته على الفضائل)) ((الضعيفة))(4974)].

(Batil) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila turunnya (ayat): “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)” [al-Syura: 23]. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah kaum kerabatmu yang wajib ke atas kami untuk mencintai mereka? Baginda berkata: Ali, Fatimah dan kedua anak mereka berdua. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Qutai’iy dalam Ziyadatihi ala al-Fadhail. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4974]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.