Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Mina sangat ajaib

TEKS BAHASA ARAB

إنما مثل مني كالرحم، هي ضيقة، فإذا حملت؛ وسعها الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Mina itu seperti rahim, ia sempit namun apabila ia mengandung, ia menjadi luas.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 744, hadis nombor 3812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه-، قال: قلنا: يا رسول الله! إن أمر مني لعجب؛ هي ضيقة؛ فإذا نزلها الناس اتسعت؟! فقال ﷺ: «إنما مثل مني كالرحم، هي ضيقة، فإذا حملت؛ وسعها الله».
[طس، «الضعيفة» (4505)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: Kami berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Mina sangat ajaib. Ia sempit, namun apabila manusia turun kepadanya ia menjadi luas! Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Mina itu seperti rahim, ia sempit namun apabila ia mengandung, ia menjadi luas.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al,Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4505]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs