Wahai Rasulullah! Sesungguhnya keadaan Mina itu ajaib

TEKS BAHASA ARAB

يا رسول الله! إن أمر منى لعجب؛ هي ضيقة؛ فإذا نزلها الناس اتسعت؟! فقال صلى الله عليه وسلم: ((إنما مثل منى كالرّحِمِ، هي ضيِّقَةٌ، فإذا حملت؛ وسّعها الله)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Rasulullah! Sesungguhnya keadaan Mina itu ajaib. Ia sempit tapi tatkala manusia datang ke situ, ia menjadi luas! Maka baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya Mina itu umpama rahim (wanita). Ia sempit. Tatkala hamil, Allah luaskannya.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1863 – 1864, hadis nombor 9404. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال: قلنا: يا رسول الله! إن أمر منى لعجب؛ هي ضيقة؛ فإذا نزلها الناس اتسعت؟! فقال صلى الله عليه وسلم: ((إنما مثل منى كالرّحِمِ، هي ضيِّقَةٌ، فإذا حملت؛ وسّعها الله)). [طس، (الضعيفة) (4505)].

(Lemah) Daripada Abi Darda’ RA berkata: kami telah berkata “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya keadaan Mina itu ajaib. Ia sempit tapi tatkala manusia berhimpun di situ, ia menjadi luas! Maka baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya Mina itu umpama rahim (wanita). Ia sempit. Tatkala hamil, Allah luaskannya.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4505]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs