Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibu kami telah datang kepada kami dengan penuh keinginan

TEKS BAHASA ARAB

يا رسول الله! إن أمنا قدمت علينا راغبة أفنصلها قال نعم فصلاها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibu kami telah datang kepada kami dengan penuh keinginan agar kami berbuat baik padanya, apakah boleh kami hubungkan tali kekeluargaan dengannya? Jawab Baginda: Ya, hubungkanlah tali kekeluargaan kamu berdua dengannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 4, hadis nombor 104. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر بهذا التمام.
أخرجه البزار (ج 2/ رقم 1873) قال: حدثنا عبد الله بن شبيب، ثنا أبو بكر بن أبي شيبة، ثنا أبو قتادة العدوي، عن ابن أخي الزهري، عن الزهري، عن عروة، عن عائشة وأسماء، أنهما قالتا: قدمت علينا أمنا المدينة، وهي مشركة في الهدنة، التي كانت بين قريش، وبين رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم فقلنا: يا رسول الله! إن أمنا…الحديث. وفي تهذيب الكمال (ج 3/ لوحة 1226) في ترجمة محمد بن عبد الله بن مسلم بن أخي الزهري: انه: أبو قتادة بن يعقوب بن عبد الله بن ثعلبة بن صغير العذري .
قال البزار:لا نعلمه عن عائشة وأسماء إلا من هذا الوجه قلت ك وهو بهذا السياق مبكر جداً، ذلك أن أم عائشة، بخلاف أم أسماء رضي الله عنها. بدل عليه ما أخرجه البخاري (1/ 564و 4/ 351، 442، 443، 475و 7/ 230- 232- فتح) وأحمد (6/ 193) وغيرهما عن عائشة رضي الله عنها قالت: لم أعقل ابوي قط إلا وهما يدينان الدين. فهذا أول قادح في حديث الباب أما أم أسماء فهي قتلة ويقال: قتيلة بنت عبد تاعزى أوردها المسغفرىء في الصحابيات وقال تأخر إسلامها.
قال الحافظ في الإصابة (8/ 169) إن كانت عاشت إلى الفتح فالظاهر أنها أسلمت. أهـ.
قلت: وعبد الله شبيبة شيخ البزار واه كما قال الذهبي. وقال أبو أحمد الحاكم: ذاهب الحديث بل قال فضلك الرازي: يحل ضرب عنقه. ووصف الذهبي قوله بالمبالغة. وقال الهيثمي في المجمع (1/ 157) : ضعيف جداً.
وابن أخي الزهري، ضعفه ابن معين وأبو حاتم والنسائي وغيرهم وأثنى عليه غير واحد. والمحفوظ من ذلك هو ما رواه هشام بن عروة، عن أبيه ن عن أسماء قالت: قدمت على أمي وهي مشتركة في عهد قريش إذ عاهدوا النبي صلى الله عليه وآله وسلم ومدتهم مع أبيها، فاستفتت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، فقالت: يا رسول الله! إن أمي قدمت على وهي راغبة أفأصلها قال: نعم صليها.
أخرجه البخاري (6/ 281و 10/ 413- فتح) واللفظ له، ومسلم (1003/ 49- 5.) وأبو داود (1668) ، وأحمد (6/ 344ن 347، 355) والحميدي (318) والطياليسي (1643) وابن حبان (ج 1/ رقم 453) والطبراني في الكبير (ج 23/ رقم 204، 205، 206، 207، 208، 209) من طريق عن هشام بن عروة، عن أبيه.
وقد رواه عن هشام جمهرة من الثقات منهم: سفيان بن عيينه، وأبو أسامة، وعبد الله بن إدريس وحاتم بن إسماعيل وعيسى بن يونس وزيد بن أبي أنيسة وعبد الرحمن بن أبي الزناد وحماد ابن سلمة وعبد العزيز بن أبي حازم في آخرين.
وقد أخرجه الطبراني (ج 24/ رقم 229) حدثنا علي بن عبد العزيز ن ثنا سليمان بن داود الهاشمي ثنا عبد الرحمن بن أبي الزناد عن أبيه، عن عروة به وسليمان بن داود: هو ابو داود الطيالسي صاحب المسند وقد رواة في مسند (1643) حدثنا عبد الرحمن بن أبي الزناد، عن هشام. فلا أدري ممن وقع الاختلاف في تسمية شيخ عبد الرحمن بن ابي الزناد ولعله خطأ من ناسخ أو طابع. وإلا فهو اختلاف اختلاف في السند ن وعبد الرحمن ابن أبي الزناد فيه مقال. وقد اختلف على هشام بن عروة في إسناده. فرواه سفيان عيينة وعمر بن على ويعقوب بن عبد الرحمن وعبدة ابن سليمان جماعتهم عن هشام عن فاطمة بنت المذر. عن أسماء بنت أبي بكر به. فصار شيخ هشام فيه: فاطمة بنت المنذر وهي امرأته.
أخرجه الطبراني في الكبير (ج 24/ رقم 341, 342، 343) فيحمل هذا على التنوع في الرواية. وليس هذا من الاختلاف المضر. (تنبيه) هذا الحديث أخرجه ابن حبان (ج 1م رقم 454) من طريق مصعب بن ماهان، عن سفيان ن عن هشام بن عروة عن أبيه ن عن عائشة، أن أسماء…الحديث. فجعل الحديث في مسند عائشة بدل أسماء. ومصعب بن ماهان كان يغلط. وله أحاديث لا يتابع عليها كما قال العقيلي وابن عدي. والله أعلم.

Munkar dengan lafaz lengkap seperti ini. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bazzar (juz 2/hadith : 1873), katanya: Abd Allah bin Shabib telah menceritakan kepada kami, katanya Abu Bakr bin Abi Shaybah telah menceritakan kepada kami, katanya Abu Qatadah al-‘Adawi telah menceritakan kepada kami daripada anak saudara al-Zuhri daripada al-Zuhri daripada ‘Urwah daripada ‘Aishah dan Asma’ bahawa mereka berdua berkata: “Ibu kami telah datang kepada kami di Madinah,beliau seorang musyrik di Hudnah, beliau sebelum berada di antara Quraish dan Rasulullah SAW, kami pun berkata: “Wahai Rasulullah…” Dalam Tahzib al-Kamal (juz 3/lembaran 1226) pada biografi Muhammad bin Abd Allah bin Muslim, anak saudara al-Zuhri, katanya: “Abu Qatadah bin Ya’qub bin ‘Abdillah bin Tha’labah bin Saghir al-‘Adawi. Al-Bazzar berkata: Tidak kami ketahuinya daripada ‘Aishah dan Asma’ melainkan melalui sanad ini.
Saya berkata: Hadith dengan lafaz ini adalah sangat munkar. Ini kerana, ibu kepada ‘Aishah adalah berlainan dengan ibu Asma’ r.a. Ini dibuktikan melalui hadith yang telah dikeluarkann oleh al-Bukhari (1/564, 4/351, 442, 443, 475, 7/230-232 – Fath), Ahmad (6/193) dan selain mereka berdua daripada ‘Aishah RA, katanya: “Aku tidak ingat berkenaan kedua ibubapaku, melainkan mereka berdua sudah menganut agama ini. Ini merupakan kecacatan pertama hadith dalam bab ini. Adapun ibu kepada Asma’ adalah Qatlah – disebut juga – Qutailah – binti ‘Abd Ta’uzza, disebutkan oleh al-Mustaghfiri dalam al-Sahabiyyat seraya berkata: “Beliau lewat Islamnya”. Al-Hafiz berkata dalam al-Isabah (8/169): “Jika dia hidup hingga zaman Pembukaan, zahirnya beliau memeluk Islam”.
Saya berkata: Abd Allah Shabibah, guru kepada al-Bazzar seorang yang Wahin (Terlalu Dha’if) sebagaimana disebutkan oleh al-Zahabi. Abu Ahmad al-Hakim berkata: Riwayatnya hilang (Zahib Al-Hadith). Bahkan, Fadhlak al-Razi berkata: Halal pancung lehernya. al-Zahabi menyifatkan kata-kata Fadhlak tadi sebagai melampau. Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (1/157): Sangat lemah. Anak saudara al-Zuhri pula telah dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in, Abu Hatim, al-Nasa’ei dan lain-lain. Pun begitu, bukan seorang juga yang memuji beliau. Yang mahfuz berhubung ini adalaah apa yang diriwayatkan oleh Hisham bin ‘Urwah daripada ayahnya daripada Asma’, katanya: “Ibuku telah datang menemuiku sewaktu beliau masih musyrik ketika Quraisy mengikat perjanjian dengan Rasulullah SAW bersama ayahnya. Lalu aku meminta fatwa kepada Rasulullah SAW, aku berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah datang kepadaku dalam keadaan dia inginkan (agar aku berbuat baik padanya), apakah boleh aku hubungan silaturrahim dengannya?. Jawab Baginda SAW: Ya, hubungkanlah silaturrahim dengannya.
Ianya telah diriwayatkan oleh al-Bukhari (6/281, 10/413 – Fath).Lafaznya diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim (1003/49 -50), Abu Daud (1668), Ahmad (6/344, 347, 355), al-Humaidi (318), al-Tayalisi (1643), Ibn Hibban (juz 1/hadith : 453), dan al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 23/hadith : 204, 205, 206, 207, 208, 209) melalui sanad Hisham bin ‘Urwah daripada ayahnya. Sekumpulan perawi thiqah yang lain turut meriwayatkan hadith tersebut daripada Hisham, antaranya: Sufyan bin ‘Uyainah, Abu Usamah, Abd Allah bin Idris, Hatim bin Isma’il, ‘Isa bin Yunus, Zaid bin Abi Unaisah, ‘Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad, Hammad bin Salamah, ‘Abd al-‘Aziz bin Abi Hazim beserta yang lain.
Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani (juz 24/hadith : 229), katanya ‘Ali bin ‘Abd al-‘Aziz telah menceritakan kepada kami, katanya Sulaymah bin Daud al-Hashimi telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya daripada ‘Urwah dengan sanadnya. Sulayman bin Daud adalah Abu Daud al-Tayalisi, penulis al-Musnad, beliau telah meriwayatkan hadith tersebut dalam Musnad (1643), katanya ‘Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad telah menceritakan kepada kami daripada Hisham. Saya tidak tahu berpunca daripada siapakah berlakunya perbezaan dalam menamakan guru kepada ‘Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad. Boleh jadi, kesilapan berpunca daripada penyalin atau penerbit, jika tidak maka perbezaan tersebut adalah perbezaan yang berlaku pada sanad. ‘Abd al-Rahman bin Abi al-Zinad ada pertikaian terhadap beliau.
Turut berlaku perbezaan riwayat terhadap Hisham bin ‘Urwah pada sanadnya. Sufyan bin ‘Uyainah, ‘Amr bin ‘Ali, Ya’qub bin ‘Abd al-Rahman dan ‘Abdah Ibn Sulayman, kesemua mereka telah meriwayatkan daripada Hisham daripada Fatimah binti al-Munzir daripada Asma’ binti Abi Bakr hadith tersebut. Maka, guru kepada Hisham dalam sanad tersebut adalah Fatimah binti al-Munzir, beliau seorang perempuan. Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 24/ hadith : 341, 342, 343), maka ada kemungkinan ini terjadi kerana kepelbagain pada riwayat tersebut, ianya bukanlah perbezaan yang memberikan kesan. (Peringatan) Hadith ini telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban (juz 1/hadith : 454) melalui sanad Mus’ab bin Mahan daripada Sufyan daripada Hisham bin ‘Urwah daripada ayahnya daripada ‘Aishah bahawa Asma’. Diriwayatkan hadith tersebut melalui Musnad ‘Aishah, sebagai ganti kepada Asma’. Mus’ab bin Mahan selalu melakukan kesalahan. Hadith tersebut mempunyai beberapa hadith lain yang tidak dapat dijadikan sokongan sebagaimana disebutkan oleh al-‘Uqaili dan Ibn ‘Adi. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs