Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا رسول الله! دعاني إلى الدخول في دينك أمارة لنبوتك، رأيتك في المهد تناغي القمر وتشير إليه بإصبعك، فحيث أشرت إليه مال! قال: ((إني كنتُ أُحَدِّثُه ويُحَدِّثُني، ويُلْهِينِي عن البكاءِ، وأَسمعُ وَجْبَتَهُ يسجدُ تحتَ العرشِ)).
Teks Bahasa Melayu
Wahai Rasulullah, serulah aku untuk masuk ke dalam agama engkau (selepas melihat) tanda-tanda kenabian kamu. Aku telah melihat engkau ketika di dalam buaian, bercakap (dengan kata-kata yang tidak difahami) dengan bulan, dan apabila engkau menuding jari ke arahnya maka ia pun condong. Maka aku telah bertanya mengapa engkau menuding jari kearahnya? Kemudian engkau (Rasulullah) menjawab: “Sesungguhnya aku sedang bercakap dengan ia (bulan), dan ia (bulan) sedang bercakap dengan aku, sambil ia menghiburkan aku daripada menangis dan aku mendengar bunyi jatuhnya ketika ia sujud di bawah Arasy.”
Sahabat Perawi
- ‘Abbas bin ‘Abdul Mutalib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1864, hadis no. 9406. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن العباس بن عبد المطلب -رضي الله عنه -، قال: قلت: يا رسول الله! دعاني إلى الدخول في دينك أمارة لنبوتك، رأيتك في المهد تناغي القمر وتشير إليه بإصبعك، فحيث أشرت إليه مال! قال: «إني كنت أحدثه ويحدثني، ويلهني عن البكاء، وأسمع وجبته يسجد تحت العرش». [البيهقي في «الدلائل»، «الضعيفة» (٤٨٦٣)].
(Palsu) Daripada ‘Abbas bin ‘Abdul Mutalib RA, berkata: Aku telah berkata: “Wahai Rasulullah, serulah aku untuk masuk ke dalam agama engkau (selepas melihat) tanda-tanda kenabian kamu. Aku telah melihat engkau ketika di dalam buaian, bercakap (dengan kata-kata yang tidak difahami) dengan bulan, dan apabila engkau menuding jari ke arahnya maka ia pun condong. Maka aku telah bertanya mengapa engkau menuding jari kearahnya? Kemudian engkau (Rasulullah) menjawab: “Sesungguhnya aku sedang bercakap dengan ia (bulan), dan ia (bulan) sedang bercakap dengan aku, sambil ia menghiburkan aku daripada menangis dan aku mendengar bunyi jatuhnya ketika ia sujud di bawah Arasy.” [Riwayat Al-Baihaqi dalam al-Dalail. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4863]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman