Wahai Rasulullah SAW! Kami telah berihram untuk melakukan haji, bagaimana kami ingin menjadikannya sebagai umrah pula

TEKS BAHASA ARAB

وما لي لا أغضب وأنا أمر بالأمر فلا أتبع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana aku tidak marah sedangkan aku menyuruh melakukan sesuatu namun aku tak diikuti?.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 747, hadis nombor 3824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه-، قال: خرج رسول الله ﷺ وأصحابه، قال: فأحرمنا بالحج، فلما قدمنا مكة؛ قال: «اجعلوا حجكم عمرة». قال: فقال الناس: يا رسول الله! قد أحرمنا بالحج فكيف نجعلها عمرة؟ قال: «انظروا ما آمركم به فافعلوا». فردوا عليه القول! فغضب، ثم انطلق حتى دخل على عائشة غضبان، فرأت الغضب في وجهه، فقالت: من أغضبك أغضبه الله؟ قال: «وما لي لا أغضب وأنا أمر بالأمر فلا أتبع».
[ه، حم، «الضعيفة» (4753)].

(Lemah)
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA berkata: Rasulullah SAW keluar bersama sahabat-sahabatnya. Dia berkata: Lalu kami berniat ihram untuk haji. Ketika kami sampai ke Mekah, baginda bersabda: “Jadikan haji kamu sebagai umrah.” Dia berkata: Manusia berkata: Wahai Rasulullah SAW! Kami telah berihram untuk melakukan haji, bagaimana kami ingin menjadikannya sebagai umrah pula? Baginda bersabda: “Lihatlah apa yang telah aku arahkan kepada kamu dan lakukanlah.” Lalu mereka mengulangi kata-kata itu dan baginda marah. Kemudian baginda beredar sehingga masuk berjumpa Aisyah RA dalam keadaan marah, lalu Aisyah melihat kemarahan pada wajah baginda. Lalu dia berkata: Sesiapa yang menjadikan engkau marah maka Allah akan memarahinya! Baginda bersabda: “Bagaimana aku tidak marah sedangkan aku menyuruh melakukan sesuatu namun aku tak diikuti?.”
[Riwayat Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4753].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.