Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وما لي لا أغضبُ وأنا آمرُ بالأمرِ فلا أُتبعَ.
Teks Bahasa Melayu
Bagaimana aku tidak marah sedangkan aku menyuruh melakukan sesuatu namun aku tak diikuti?.
Sahabat Perawi
- al-Bara’ bin ‘Azib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 747, hadis no. 3824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن البراء بن عازب -رضي الله عنه-، قال: خرج رسول الله ﷺ وأصحابه، قال: فأحرمنا بالحج، فلما قدمنا مكة؛ قال: «اجعلوا حجكم عمرة». قال: فقال الناس: يا رسول الله! قد أحرمنا بالحج فكيف نجعلها عمرة؟ قال: «انظروا ما آمركم به فافعلوا». فردوا عليه القول! فغضب، ثم انطلق حتى دخل على عائشة غضبان، فرأت الغضب في وجهه، فقالت: من أغضبك أغضبه الله؟ قال: «وما لي لا أغضب وأنا أمر بالأمر فلا أتبع». [ه، حم، «الضعيفة» (4753)].
(Daif) Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA berkata: Rasulullah SAW keluar bersama sahabat-sahabatnya. Dia berkata: Lalu kami berniat ihram untuk haji. Ketika kami sampai ke Mekah, baginda bersabda: “Jadikan haji kamu sebagai umrah.” Dia berkata: Manusia berkata: Wahai Rasulullah SAW! Kami telah berihram untuk melakukan haji, bagaimana kami ingin menjadikannya sebagai umrah pula? Baginda bersabda: “Lihatlah apa yang telah aku arahkan kepada kamu dan lakukanlah.” Lalu mereka mengulangi kata-kata itu dan baginda marah. Kemudian baginda beredar sehingga masuk berjumpa Aisyah RA dalam keadaan marah, lalu Aisyah melihat kemarahan pada wajah baginda. Lalu dia berkata: Sesiapa yang menjadikan engkau marah maka Allah akan memarahinya! Baginda bersabda: “Bagaimana aku tidak marah sedangkan aku menyuruh melakukan sesuatu namun aku tak diikuti?.” [Riwayat Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4753].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman