Wahai Rasulullah, mereka yang ada keturunan dan harta daripada kalangan Quraisy datang kepada kamu untuk merisik Fatimah namun engkau tidak menerima pinangan mereka

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن أسماء بنت عميس قالت: يا رسول الله خطب إليك فاطمة ذوو الأنساب والأموال في قريش فلم تزوجهم، وزوجت هذا الغلام. وذكر قصة، وفيها أن جبريل وميكائيل وإسرافيل وجمع من الملائكة نزلوا لزفافها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Asma binti ‘Umais berkata: Wahai Rasulullah, mereka yang ada keturunan dan harta daripada kalangan Quraisy datang kepadamu untuk merisik Fatimah namun engkau tidak meneriman pinangan mereka. Engkau mengahwinkannya dengan pemuda ini. Lalu disebutkan sebuah kisah yang mana dalam kisah itu disebutkan bahawa Jibril, Mikail dan Israfil serta sekumpulan malaikat turun untuk menghadiri kendurinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 391, hadis nombor 118. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الآجري. قال ابن الجوزي: موضوع، وقال في الميزان: كذب.

Diriwayatkan oleh al-Ajurri. Ibn al-Jauzi berkata: Palsu. Dia berkata dalam al-Mizan: Dusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs