Wahai Rasulullah, mengambil wuduk daripada bekas baru yang bebas arak lebih kamu gemari atau daripada tempat suci terbuka??

TEKS BAHASA ARAB

يا رسول الله إن الوضوء من جر جديد مخمر أحب إليك أم المطاهر؟ فقال: لا بل من المطاهر إن دين الله الحنيفية السمحة. قال: كان يبعث إلى المطاهر فيؤتى بالماء فيشربه يرجو بركة أيدي المسلمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Rasulullah, mengambil wuduk daripada bekas baru bertutup lebih kamu gemari atau daripada tempat bersuci terbuka? Baginda bersabda: Tidak, bahkan aku lebih gemar tempat bersuci terbuka. Sesungguhnya agama Allah ini lurus lagi toleransi. Baginda pernah mengambil air daripada bekas yang dibersihkan, kemudian Baginda meminumnya kerana mengharapkan keberkatan tangan-tangan kaum muslimin.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1091, hadis nombor 5541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله إن الوضوء من جر جديد مخمر أحب إليك أم المطاهر؟ فقال: لا بل من المطاهر إن دين الله الحنيفية السمحة. قال: كان يبعث إلى المطاهر فيؤتى بالماء فيشربه يرجو بركة أيدي المسلمين. [طس، عد، حل، الضعيفة (6479)].

(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau menceritakan: Aku bertanya, Wahai Rasulullah, mengambil wuduk daripada bekas baru bertutup lebih kamu gemari atau daripada tempat bersuci terbuka? Baginda bersabda: Tidak, bahkan aku lebih gemar tempat bersuci terbuka. Sesungguhnya agama Allah ini lurus lagi toleransi. Baginda pernah mengambil air daripada bekas yang dibersihkan, kemudian Baginda meminumnya kerana mengharapkan keberkatan tangan-tangan kaum muslimin. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6479]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs