Wahai Rasulullah! Manusia manakah yang paling tinggi darjatnya?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يا رسول الله! أي الناس أعظم درجة قال: الذاكرون الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Rasulullah! Manusia manakah yang paling tinggi darjatnya? Rasulullah SAW bersabda: Orang-orang yang mengingati Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1574, hadis nombor 7967. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه-، قال: قيل: يا رسول الله: أي الناس أعظم درجته؟ قال: ((الذاكرون الله)). [هب، ((الضعيفة)) (7026))].

(Lemah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Manusia manakah yang paling tinggi darjatnya? Rasulullah SAW bersabda: Orang-orang yang mengingati Allah. [Riwayat al-Baihaqi dalam Kitab Shu’ab al-Iman, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7026].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.