Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما قدم رسول الله من بدر ومعه عمه العباس قال له: يا رسول الله لو أذنت لي فخرجت إلى مكّة فهاجرت منها آو قال: فأهاجر منها فقال رسول الله: اطمئن يا عم فإنّك خاتم المهاجرين في الهجرة كما أنّي خاتم النبيين في النبوّة.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Rasulullah SAW pulang dari medan Badar bersama bapa saudaranya, al-Abbas, beliau berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, adakah kamu mengizinkan aku keluar ke Mekah dan kemudian aku berhijrah darinya. Maka, Rasulullah SAW bersabda: Bertenanglah wahai bapa saudaraku, sesungguhnya engkau adalah penutup para Muhajirin dalam berhijrah, sepertimana diriku ialah penutup sekalian para Nabi dalam bab kenabian.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa'd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1027, hadis no. 5274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
[ضعيف] عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: لما قدم رسول الله من بدر ومعه عمه العباس قال له: يا رسول الله لو أذنت لي فخرجت إلى مكّة فهاجرت منها آو قال: فأهاجر منها فقال رسول الله: اطمئن يا عم فإنّك خاتم المهاجرين في الهجرة كما أنّي خاتم النبيين في النبوّة. [عبدالله بن أحمد في زوائد فضائل الصحابة، ابن حبّان في المجروحين، عد، ابن عساكر، الضعيفة (٧٠٣٠)]
[Lemah] Daripada Sahl bin Sa’d RA (beliau) berkata: Apabila Rasulullah SAW pulang dari medan Badar bersama bapa saudaranya, al-Abbas, beliau berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, adakah kamu mengizinkan aku keluar ke Mekah dan kemudian aku berhijrah darinya. Maka, Rasulullah SAW bersabda: Bertenanglah wahai bapa saudaraku, sesungguhnya engkau adalah penutup para Muhajirin dalam berhijrah, sepertimana diriku ialah penutup sekalian para Nabi dalam bab kenabian. [Riwayat ‘Abdullah bin Ahmad di dalam Zawa’id Fada’il al-Sahabah, Ibn Hibban di dalam al-Majruhin, Ibn ‘Adi di dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah [7030)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman